Muhammad Sakhawi Adli bin Jeffri DinMohamad Farhan Affan bin Othman LionMuhammad Solihin bin Jamal Abdul NasirSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17614E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Pada era dunia tanpa sempadan ini, pembelajaran menerusi teknologi semakin pesat berkembang. Pembelajaran secara atas talian pada era COVID-19 juga telah menyebabkan para pelajar pada setiap peringkat dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara norma baharu. Oleh itu, pengetahuan untuk mengakses maklumat dengan betul amat penting kerana ia membolehkan para pelajar memperolehi maklumat dengan efisien dan pantas. Hal ini juga terpakai dalam kalangan pengguna internet, mereka boleh mengakses maklumat yang tepat berkaitan al-Qurān dan as-Sunnah menerusi laman sesawang ‘amrayn.com’. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis kelebihan dan kekurangan laman sesawang ini. Kaedah kualitatif berdasarkan pemerhatian telah digunapakai bagi mencapai tujuan tersebut. Hasilnya, kajian mendapati bahawa laman sesawang ‘amrayn.com’ ini mempunyai banyak kelebihannya berbanding kekurangannya. Antaranya, laman sesawang ini dapat membantu ahli-ahli akademik dan para pelajar terutama dalam ilmu tafsīr dan terjemahan ayat qurān yang terdiri dalam beberapa bahasa dan juga dapat membantu untuk mengkaji status sesebuah hadīth dengan pantas. Diharapkan kajian ini dapat membantu masyarakat khususnya ahli-ahli akademik dan para pelajar untuk menggunakan laman sesawang ini dengan efektif dan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pengkaji lain pada masa akan datang. Kesimpulannya, laman sesawang ‘amrayn.com’ mampu dijadikan medium pembelajaran yang efisien khususnya kepada pelajar dan penyelidik dalam bidang al-Qurān dan as-Sunnah.otheramrayn.com, Qurān, Hadīth, Teknologi, Sanad.Laman Sesawang ‘Amrayn.com’: Kajian terhadap Kelebihan dan KekurangannyaArticle5025162