Abdulloh SalaehAmran Abdul HalimSyed Najihuddin Syed HassanNidzamuddin ZakariaMahsor YahyaWalid Mohd Said2024-05-272024-05-2720212021-11-112785-91691983-23https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3760Hadis itu adalah satu sumber utama dalam mengeluarkan hukum selepas al-Quran dan merupakan warisan peninggalan Rasulullah SAW. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Tanah Melayu berasal dari sumber al-Quran dan hadis. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis hadis yang menyatakan nama-nama yang lain bagi Surah al-Mulk dan kedudukan hadis dan kandungannya yang diajarkan dalam kursus Tafsir Maudu‘i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru, kertas kerja ini akan menghuraikan kedudukan sejumlah hadis berkaitan nama-nama Surah al-Mulk serta kajian hadis-hadis tersebut hadis yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, da‘if dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang beberapa ayat dalam surah al-Mulk serta kelebihannya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini dapat mendedahkan tentang ilmu hadis, kedudukannya secara yang lebih tuntas lagi untuk para pelajar dan orang awam.otherKajian hadis, Nama-nama Surah Al-Mulk, Tafsir Maudu’iAnalisis Hadis Berkaitan Nama Lain Bagi Surah Al-Mulk Dalam Kursus Tafsir Maudu‘i Di USIM: Satu Kajian TinjauanA Review Study of Hadith Related to Other Names for Surah Al-Mulk in the Tafsir Maudu'i Course in USIMArticle186194219