Muna Hajar RoslanMohamad Zulkifli Abdul GhaniMuhammad Faisal Ashaari2024-09-042024-09-042024Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).e-ISBN : 9789672614722https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22321E-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & ManagementInfluencer Dakwah Muslimah terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan dan pendidikan berperanan dalam menyebarkan dakwah dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan mereka dalam mempengaruhi dan merubah pandangan orang lain berkaitan agama. Majoriti daripada mereka biasanya mempunyai akaun media ini dan menguasainya untuk personal branding kerana ia merupakan tempat tumpuan penting kepada pengguna media sosial khususnya golongan muda. Secara praktikalnya, video yang dikemaskini oleh para pendakwah di Instagram dilihat agak konsisten, namun video tersebut tidak mendapat sambutan dan perhatian yang serius daripada netizen kerana mengabaikan faktor-faktor tertentu bagi memastikan sesuatu posting menjadi tular. Maka, kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor penularan sesuatu video oleh Influencer Dakwah Muslimah di Instagram. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menganalisis kandungan 25 buah video tular di Instagram oleh lima orang Influencer Dakwah Muslimah. Hasil Kajian ini mendapati terdapat empat faktor utama yang menyebabkan penularan video di Instagram oleh Influencer Dakwah Muslimah ialah faktor kandungan terdapat pada semua 25 video yang dikaji, diikuti dengan faktor persembahan sebanyak 18 kali, kemudiannya faktor kreativiti sebanyak 16 kali manakala faktor yang paling kurang digunakan ialah faktor format iaitu hanya 11 kali sahaja diterapkan pada video yang dikemaskini oleh Influencer Dakwah Muslimah. Justeru, pendakwah perlu menitikberatkan empat faktor yang dikaji ini yang menjamin membantu penularan video di Instagram bagi menyebar luaskan mesej dakwah di alam maya.msVideo TularNetizenInfluencer DakwahPersonal BrandingInstagramFaktor Video Tular Influencer Dakwah Muslimah di Instagramtext::conference output::conference proceedings::conference paper