Noornajihan JaafarZulkiple Abd GhaniSiti Rugayah Hj TibekAmir Husin Mohd NorSetiyawan GunardiNoor Azizi IsmailRamiaida DarmiNoor Saazai Mat SaadMohd Muzhafar IdrusHazlina AbdullahMaziahtusima IshakHayati IsmailAdibah Sulaiman2024-05-282024-05-2820170128-1755http://www.jised.com/archived.asm?dataid=38&iDisplayStart=0&aaSorting=&isSearchDetail=1&dataidExtend=240&iDisplayStartExtend=0&aaSortingExtend=&isSearchDetailExtend=1https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6324Volume: 2 Issue: 6Sistem pendidikan pondok merupakan sebuah institusi pendidikan agama Islam yang wujud serta diiktiraf oleh masyarakat. Ia berperanan untuk menyebarluas ilmu agama serta membentuk keperibadian Muslim yang sempurna. Pendidikan Islam yang diterapkan dalam pengajian tersebut adalah salah satu saluran terpenting untuk membentuk perwatakan dan pemikiran selari dengan nilai-nilai Islam. Kurangnya pemahaman kepada didikan Islam akan mendorong seseorang kepada kelakuan yang bertentangan daripada agama Islam. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh institusi pendidikan pondok selain mengkaji impak pelajar yang mengikuti sistem pendidikan pondok terhadap diri, rakan sebaya dan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui analisis dokumen serta temu bual menerusi perbincangan meja bulat yang telah diadakan bersama pihak berkepentingan dan edaran borang soal selidik. Seramai 233 responden yang terlibat telah dipilih di beberapa buah Pondok di Semenanjung Malaysia. Dapatan menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang menjadi cabaran kepada perkembangan pondok masa kini iaitu kurikulum, pengurusan dan pengiktirafan pengajian pondok. Hasil kajian turut mendapati, pelajar mengakui bahawa sistem pendidikan ini memberi impak positif kepada diri mereka (min 4.59). Mereka turut mengakui sistem pendidikan ini memberi manfaat kepada keluarga dan persekitaran mereka. Kesimpulannya, sistem pendidikan pondok berupaya untuk membentuk sahsiah pelajar kearah yang lebih baik dan menghasilkan pelajar yang berkualiti.en-USPembentukan Diri, Sistem Pendidikan PondokCabaran Institusi Pendidikan Pondok Serta Impak Terhadap Pembentukan Diri PelajarChallenges Of Pondok Educational Institution And It’s Impact On Students DevelopmentArticle22323526