Nur Saadah Hamisan@KhairAhmad Sanusi Azmi2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16982PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesWacana orientalis mengenai wanita dalam Islam bermula dengan kritikan mereka terhadap wanita di sekeliling Rasulullah SAW. Wanita-wanita ini bukan sahaja disebut dalam hadis Nabi, tetapi mereka mempunyai sumbangan besar ke atas penurunan wahyu dan pengumpulan al-Quran sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menjawab beberapa kritikan orientalis ke atas beberapa wanita yang diragui terlibat dalam memanipulasi kandungan al-Quran sama ada ketika hayat Rasulullah SAW dan selepas kewafatan Baginda. Perdebatan orientalis boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, terdapat wanita yang dikatakan berperanan sebagai ‘informan’ kepada Nabi Muhammad SAW; dan kedua, terdapat wanita yang dikatakan berpengaruh dalam membuat perubahan kepada isi kandungan al-Quran. Oleh itu, kajian ini menolak dakwaan tersebut berdasarkan fakta sirah dan pandangan sarjana daripada pelbagai perspektif. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metodologi seperti analisis teks dan konteks serta dibentangkan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa hujah orientalis berkenaan hal ini adalah sebahagian daripada agenda besar untuk menolak autoriti al-Quran dan kenabian Nabi Muhammad SAW, dan tidak disokong dengan bukti yang kukuh. Malah, para wanita yang diperdebatkan telah dicatatkan sejarah mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri sama ada dalam kehidupan Baginda dan juga tradisi keilmuan yang mengangkat kepentingan al-Quran.otherOrientalis; Wanita; Al-Quran; SunnahMenjawab Kritikan Orientalis Terhadap Peranan Wanita Dalam Proses Penurunan Dan Pengumpulan Al-QuranArticle274291