Nurul Fathinah Ahmad YusoffZarima Mohd Zakaria2024-11-182024-11-182024Nurul Fathinah Ahmad Yusoff & Zarima Mohd Zakaria (2024). Modul Pembelajaran Interaktif untuk Pengajaran Bahasa Arab Tahun 1 Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA): : Satu Tinjauan Literatur. Al-Azkiyaa - International Journal of Language and Education, 3(2), 156–169. https://doi.org/10.33102/alazkiyaa8110.33102/alazkiyaa81https://azkiyaa.usim.edu.my/index.php/jurnal/article/view/81/71https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25038Al-Azkiyaa - International Journal of Language and Education, Volume 3 Issue 2 Page (156–169)Pembelajaran interaktif digunakan sebagai pendekatan terkini dalam dunia pendidikan 5.0. Elemen ketertarikan dan menyeronokkan yang terdapat dalam kaedah pembelajaran interaktif ini amat sinonim dengan perkembangan murid-murid di pelbagai tahap pendidikan lebih-lebih lagi pendidikan rendah yang melibatkan murid-murid yang berumur 7 hingga 12 tahun. Hal ini berikutan, murid-murid di sekolah rendah kebiasaannya lebih tertarik kepada cara pengajaran yang bersifat interaktif yang mampu merangsang perhatian fokus, semangat dan motivasi mereka untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran guru. Penggunaan pembelajaran interaktif yang menggabungkan beberapa pendekatan pembelajaran yang menarik seperti pembelajaran berasaskan permainan, pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran koperatif serta pembelajaran aktif menjadikan ianya relevan dan sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab tahun 1 Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA). Dalam kajian ini, Modul Pembelajaran Interaktif (MPI) dibina oleh pengkaji bertujuan meningkatkan sumber pengetahuan guru mengenai kaedah pembelajaran interaktif (PPI) dalam proses PdP bahasa Arab tahun 1 KAFA. Modul ini dibina berdasarkan daripada kurikulum dan buku teks bahasa Arab KAFA tahun 1 yang memfokuskan kepada penguasaan kemahiran asas bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan membaca melalui topik pembelajaran yang terdapat di dalam buku teks seperti huruf-huruf Arab, nombor dan bilangan, keluarga, kata sapaan dan sebagainya. Justeru, satu tinjauan literatur dijalankan bertujuan memastikan bahawa pembangunan modul serta kajian yang dijalankan mencapai tahap relevan berdasarkan kajian serta rujukan yang berkait dengan PPI dalam PdP bahasa Arab tahun 1 KAFA.msPendekatan Pembelajaran InteraktifModul PengajaranBahasa ArabKelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)Tinjauan LiteraturPembelajaran Interaktif dalamPengajaran Bahasa Arab Tahun 1 Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA): Satu Tinjauan LiteraturInteractive Learning for Teaching Arabic Language of Year 1 in Al-Quran andFardhu Ain (KAFA)class: A literature reviewtext::journal::journal article::research article