Muhammad Danish Danial Bin Shanor AffendyHairulliza Binti Mohamad Judi2024-11-122024-11-122024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24764E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACESimpulan bahasa biasanya terdiri dari dua perkataan yang digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang tersirat. Penguasaan simpulan bahasa Melayu yang semakin berkurangan di kalangan generasi muda, terutamanya remaja dan pelajar, merupakan isu yang membimbangkan dalam bidang pendidikan. Pembangunan sebuah aplikasi permainan yang memfokuskan kepada simpulan bahasa berpotensi untuk menarik minat pelajar dan generasi muda masa kini. Aplikasi permainan simpulan bahasa yang mudah merangkumi permainan, cara bermain, menu utama dan persekitaran bermain 3D yang membolehkan pengguna untuk berasa bebas. Aplikasi ini dinamakan ”Kembara Bahasa” bertujuan bagi memudahkan golongan muda untuk mempelajari simpulan bahasa dengan menarik dan menyeronokkan selain berada di sekolah. Objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan aplikasi permainan Kembara Bahasa bagi tujuan pembelajaran simpulan bahasa. Metodologi pembangunan yang digunakan adalah model peningkatan di mana proses pembangunan perisian dibahagikan kepada modul spesifik seperti modul permainan, modul menu utama dan seterusnya. Aplikasi yang dibangunkan adalah untuk sistem operasi Windows kerana keperluan grafik yang tinggi, membolehkan pengguna menghayati pengalaman visual yang cantik. Aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan Unity dan Autodesk 3Ds Max. Aplikasi ini diharapkan dapat memudahkan golongan muda terutamanya yang masih bersekolah untuk meluaskan ilmu mereka tentang simpulan bahasa.mssimpulan bahasapermainan digitalpembelajaran bahasaPembelajaran Simpulan Bahasa Melalui Aplikasi Permainan Kembara Bahasatext::conference output::conference proceedings::conference paper