Muhammed Fauzi Bin OthmanHazimah HazirahMohd Azhar Abd HamidMohd Koharuddin Mohd BalwiMohd Nasir MarkomMohd Zaliridzal Zakaria2024-05-302024-05-302021-12-30e-ISSN:2821-3270https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2022/03/Final_E-proceeding-IC-DAIM2021_full.v1-compressed.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18024Management (IC-DAIM 2021) “Humane Leadership and Da’wah For Sustainable Future of Ummah” 26-27 October 2021 Organized by: Da’wah and Islamic Management Program, Faculty of Leadership and Management, USIMIntegriti dan etika adalah asas kepada profesionalisme dan salah satu dari kompetensi utama dalam pekerjaan (Marr, 2007). Tambahan pula sebagai seorang Muslim, integrtiti dan etika atau akhlak merupakan asas kepada ajaran Nabi Muhammad SAW sepertimana dalam hadis riwayat Imam al Bukhari. Para sarjana seperti Quirrez dan Idian (2018) dan Mohd Koharuddin (2015) mendakwa bahawa etika dan integriti mampu mempertingkatkan kecekapan dan kecekatan kakitangan serta membawa kepada peningkatan produktiviti. Untuk tujuan itu, suatu kajian telah dilaksanakan bagi mengkaji kefahaman dan pelaksanaan amalan etika kerja dalam kalangan Perunding Hartanah di Johor Bahru. Kajian juga ingin meneroka nilai etika sebenar dan cabaran yang dihadapi dalam mengamalkan etika dan membentuk diri agar menjadi Perunding Hartanah yang lebih berintegriti dan berjaya. Selain daripada itu, ia cuba merungkaikan kefahaman para responden dari dua perspektif iaitu; prinsip etika kerja, dan etika kerja Islam. Kaedah temu bual separa berstruktur telah digunakan dan pemerhatian libat-serta pengkaji sebagai sumber primer untuk mendapatkan data kajian. Sepuluh orang responden telah ditemubual dari tiga buah organisasi hartanah berdaftar di daerah Johor Bahru. Kesemua data temu bual yang diperolehi ditafsirkan kepada transkrip dan dianalisis oleh pengkaji dengn melaksanakan analisis tematik. Kajian mendapati bahawa konsep amanah, kejujuran dan ketelusan, bertanggungjawab, profesionalisme, perpaduan, bekerjasama dan bertolak ansur sebagai asas pembentukan integriti dalam kalangan Perunding Hartanah. Sementara itu, kepercayaan, keselesaan, rekomendasi, reputasi serta memudahkan urusan kerja dilihat sebagai beberapa kualiti etika yang boleh membantu dalam melahirkan Perunding Hartanah yang berwibawa dan professional.otheretika kerja, etika kerja Islam, Perunding HartanahAmalan Etika Islam Dalam Kalangan Perunding HartanahArticle73112