Nur Afifi AlitAbu Dzar Ahmad2025-12-222025-12-222025Nur Afifi Alit , Abu Dzar Ahmad. (2025). Nilai-Nilai Pengurusan Beretika dalam Surah Yusuf: Aplikasi dan Cabaran Dalam Tadbir Urus Moden. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 13–22. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28341International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kajian ini menganalisis Surah Yusuf sebagai model praktikal bagi pengurusan beretika yang menggabungkan dimensi spiritual dan profesional dalam kerangka kepimpinan Islam. Dalam realiti semasa yang berdepan dengan krisis integriti, penyalahgunaan kuasa dan ketidaktelusan birokrasi, analisis terhadap kisah Nabi YusufAS menawarkan pendekatan berasaskan wahyu bagi memperkukuh sistem pentadbiran yang amanah dan berkesan. Kajian ini meneliti nilai-nilai utama yang mendasari kepimpinan Yusuf, termasuk akauntabiliti, integriti, kompetensi, perancangan strategik dan pengurusan krisis sebagai asas kepada model pengurusan holistik yang seimbang. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis kandungan terhadap ayat-ayat Surah Yusuf dengan disokong oleh rujukan tafsir klasik dan kontemporari, serta perbandingan dengan teori pengurusan moden bagi memperoleh kefahaman yang menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan bahawa keberkesanan pengurusan beretika bergantung kepada keseimbangan antara kesedaran spiritual dan kecekapan profesional, manakala cabaran seperti rasuah, pecah amanah dan kezaliman berpunca daripada kelemahan nilai dalaman. Kajian ini menegaskan keperluan untuk mengintegrasikan nilai-nilai Qurani dalam sistem pengurusan kontemporari sebagai asas kepada tadbir urus yang telus, berkeadilan dan mampan, serta membuktikan bahawa prinsip pengurusan Islam kekal relevan dalam menghadapi cabaran etika kepimpinan masa kini.msIntegriti dan AkauntabilitiKepimpinan QuraniSurah YusufPengurusan BeretikaPentadbiran IslamIntegrity and AccountabilityQuranic LeadershipEthical ManagementIslamic GovernanceNilai-Nilai Pengurusan Beretika dalam Surah Yusuf: Aplikasi dan Cabaran Dalam Tadbir Urus Modentext::conference output::conference proceedings::conference paper1322