Siti Mursyidah Mohd ZinFarhah Zaidar Mohamed RamliSuriani SudiPhayilah YamaSiti Rosilawati Ramlan2026-02-242026-02-242025-09-25Siti Mursyidah Mohd Zin, Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Suriani Sudi, Phayilah Yama & Siti Rosilawati Ramlan (2025) Reka Bentuk Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis Bagi Kursus Ulum Al-Hadith : Gamification Card Design for Easy Recognition of Hadith Knowledge for the Ulum Al-Hadith Course. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 12(3), 111–126. https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i3.2622289-790910.53840/ejpi.v12i3.262https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/262/199https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/29325Indexed by MYCITEGamifikasi dalam pembelajaran merupakan salah satu pendekatan yang sering digunakan dalam meningkatkan motivasi dan minat pelajar. Walau bagaimanapun, sehingga kini pembelajaran kursus Ulum al-Hadith/Mustalah al-Hadith masih terikat dengan kaedah konvensional seperti syarahan dan hafalan, yang didapati kurang menarik minat pelajar. Selain itu, pengajaran kursus Ulum al-Hadith/Mustalah al-Hadith di dalam bahasa Arab merupakan cabaran besar bagi pelajar yang tidak mempunyai asas bahasa Arab yang kukuh, sehingga peratusan pelajar yang cemerlang dalam kursus ini berada pada tahap yang rendah. Oleh yang demikian, bagi menangani isu ini, elemen permainan ataupun gamifikasi telah dibangunkan untuk meningkatkan minat, motivasi serta kecemerlangan pelajar terhadap kursus Ulum al-Hadith/Mustalah al-Hadith. Artikel ini memfokuskan kepada fasa kedua bagi penyelidkan Reka Bentuk Pembangunan (DDR) yang menggunakan teknik Fuzzy Delphi (FDM) untuk mendapatkan konsensus daripada 10 orang pakar tentang kesesuaian komponen dan eleman bagi pembangunan reka bentuk Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis (AsasDith). Hasil kajian mendapati kesemua pakar telah bersetuju dengan reka bentuk lima komponen utama bagi pembangunan reka bentuk pada Kad AsasDith iaitu i) Komponen Warna ii) Komponen Simbol iii) Komponen Tulisan (font) iv) Komponen Kandungan dan v) Komponen Reka Bentuk (size) Kad. Reka bentuk Kad AsasDith telah berjaya dibangunkan berdasarkan kesepakatan pakar sebagai alat bantu mengajar (ABM) bagi kursusu Ulum al-Hadith/Mustalah al-Hadith.msReka Bentuk Kad Gamifikasi Mudah Kenali Ilmu Hadis Bagi Kursus Ulum Al-HadithGamification Card Design for Easy Recognition of Hadith Knowledge for the Ulum Al-Hadith Coursetext::journal::journal article111126123