Yuslina MohamedMesbahul HoqueSulaiman IsmailNurhasma Muhamad Saad2024-05-282024-05-28202019/1/2021Yuslina Mohamed, Mesbahul Hoque, Sulaiman Ismail,Nurhasma Muhamad Saad (2020). Keperluan Bahasa Arab Ulum Islamiyyah dari Perspektif Pensyarah. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 21(1), 120-133. https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.1.2331985-7667426-3210.37231/jimk.2020.21.1.233https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/233https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6069Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, Volume 21 Issue 1 Page (120-133)Bahasa Arab Tujuan Khas atau Arabic for Specific Purposes (ASP) merupakan cabang Disiplin Linguistik Fungsian yang fokus kepada bidang praktikal mengikut keperluan (needs), seperti: Bahasa Arab untuk Perbankan, Bahasa Arab untuk Diplomat, Bahasa Arab untuk Teknologi, Bahasa Arab untuk Ulum Islamiyyah dan lain-lain. Ulum Islamiyyah adalah disiplin ilmu yang bersumberkan alquran dan alhadith seumpama Syariah Islam, Usuluddin, pengajian al-Quran dan As Sunnah dan lain-lain. Bahasa Arab dan Ulum Islamiyyah adalah dua frasa nama yang mempunyai perkaitan yang jelas. Sarjana-sarjana Islam awal telah membahaskan dan menerangkan disiplin ulum Islamiyyah dalam buku turath dengan medium Bahasa Arab. Keperluan terhadap Bahasa Arab untuk Ulum Islamiyyah harus diberi perhatian agar objektif pembelajaran dapat dicapai dan dapat membantu pelajar untuk memahami kosa kata, istilah dan frasa nama yang khas di dalam disiplin yang dipelajari. Melalui tinjauan penyelidik didapati ramai pelajar menghadapi masalah pemahaman bahasa yang terdapat dalam manhaj penyampaian penulis asal dalam buku turath bagi setiap disiplin Ulum Islamiyyah. Masalah yang jelas dilihat apabila pelajar sukar untuk membaca dengan betul, memahami dan mengeluarkan hukum dari buku-buku turath tersebut. Pelajar juga tidak mampu untuk berdiskusi dan berhujah dalam disiplin Ulum Islamiyyah. Kajian campuran metodologi ini adalah kajian lapangan yang menggunakan instrumen temu ramah terhadap 10 pensyarah yang mengajar kursus Ulum Islamiyyah untuk mendapatkan data “keperluan” (Needs). Hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa Bahasa Arab untuk khusus Ulum Islamiyyah wajib ditawarkan kepada pelajar prasiswazah sebagai satu kursus di peringkat universiti.enKeperluanUlum IslamiyyahBahasa Arab Tujuan khasKeperluan Bahasa Arab Ulum Islamiyyah dari Perspektif PensyarahThe Needs of Arabic for Islamic Studies from the View of Lecturertext::journal::journal article120134320