Syed Muhammad Adib Termizi b Ahmad Al-Jafari2024-05-302024-05-302021-12-30e-ISBN: 9789670001104https://fsu.usim.edu.my/proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17911E-Proceedings International Convention on the Basic Structure of Constitution 2021 (ICOBAC 2021) Theme: "Towards Dignifying Islam in the Framework of Rule of Law & Supremacy of Constitution" 15 – 16 December 2021 Organized By: Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) And Fakulti Pengajian Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Collaboration With: Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Shariff Ali (UNISSA), Brunei And Fakultas Hukum, Universitas Jendral Soedirman (UNSOED), IndonesiaIlmu al-Qawaid al-Fiqhiyyah adalah antara ilmu terpenting dalam bidang syariah. Ia amat membantu para mujtahid dalam mengeluarkan hukum bagi permasalahan kontemporeri yang tidak memiliki nas yang khusus. Penularan virus Covid-19 telah mencipta norma kehidupan baru, yang mana sebahagian daripadanya memerlukan penjelasan dari sudut hukum syarak. Antara norma baru tersebut adalah kemestian menempah tempat untuk melaksanakan sembahyang Jumaat. Sebahagian masyarakat Islam enggan melakukan tempahan ini, dengan alasan mereka hendak mendahulukan saudara Muslim lain. Justeru kertas kerja ini bertujuan melihat sejauh mana keabsahan alasan tersebut di sisi syarak. Kajian kuantatif ini menggunakan metodologi analisis bagi menganalisa kaedah-kaedah fiqh yang bersangkutan dengan permasalahan kajian dan juga pendapat para ulama terhadap kaedah-kaedah tersebut. Metode perbandingan juga diguna pakai dalam menilai pendapat-pendapat ulama bagi memilih pendapat yang paling sesuai untuk diaplikasikan sebagai hukum terhadap tempahan tempat bagi sembahyang Jumaat. Hasil kajian menunjukkan kaedah yang melarang mendahulukan saudara muslim lain dalam hal ibadah adalah lebih tepat berbanding sebaliknya.otherCovid-19, fiqh kontemporari, Kaedah-kaedah fiqh, Sembahyang Jumaat.Aplikasi Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Dalam Isu Tempahan Slot Sembahyang Jumaat Pasca Covid-19Article153164