Ahmad Hamidi MohamedNoorfajri IsmailKamilah Wati Mohd2025-10-102025-10-102025Ahmad Hamidi Mohamed, Noorfajri Ismail & Kamilah Wati Mohd. (2025). Item Tidak Ketara dalam Pampasan Pengambilan Tanah di Malaysia: Analisis Keperluan Bayaran. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2025 (SAIS 2025), 122–142. https://drive.google.com/drive/folders/1SN6JaJp4OjO-505O0GGa06Ro1JnzHAeH3083-8711https://drive.google.com/drive/folders/1HmWgcN7Ad-Evwy1WrtuPs-bOZdGzQyKg?usp=drive_linkhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27795Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2025 (SAIS 2025) / “Merentas Generasi: Naqli dan Aqli Pemangkin Transformasi Ummah”. Editor: Latifah Abdul Latiff, Junaidah Abu Seman, Rezki Perdani Sawai, Setiyawan Gunardi,Azman Ab Rahman 9 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMPengambilan tanah secara paksa atau pengambilan balik tanah merupakan salah satu kaedah bagi mendapatkan tanah yang sesuai untuk sesuatu pembangunan. Ketidakcukupan bayaran pampasan bagi kes-kes pengambilan balik tanah di Semenanjung Malaysia sering menjadi isu dan menjadi cabaran kepada pentadbir tanah serta pihak Mahkamah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentuan bayaran pampasan, khususnya bayaran pampasan bagi item tidak ketara sebagai salah satu item yang dituntut oleh pihak berkepentingan dalam kes-kes pengambilan balik tanah tersebut. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan pensampelan tujuan melibatkan temu bual dan sesi perbincangan kumpulan kecil (small group discussion - SGD) dan perbincangan kumpulan berfokus (focus group discussion - FGD). Kajian ini mendapati bayaran terdapat keperluan untuk menentukan bayaran bagi item tidak ketara dalam kes-kes pengambilan tanah di Semenanjung Malaysia dan dinyatakan dengan jelas dalam kerangka perundangan yang berkuat kuasa. Justeru, pertimbangan bagi pembayaran pampasan bagi kes-kes pengambilan tanah tersebut perlu merangkumi keperluan bagi item tidak ketara dan kadar bayaran hendaklah diperincikan melalui satu kajian lanjut.mspengambilan tanahpihak berkepentinganbayaran pampasanitem tidak ketara.Item Tidak Ketara dalam Pampasan Pengambilan Tanah di Malaysia: Analisis Keperluan Bayarantext::conference output::conference proceedings::conference paper122142