Ahmad Hamidi bin MohamedNoorfajri bin IsmailKamilah Wati binti Mohd2024-05-302024-05-302023-03-17Abdulah, N. A., Abdul Mutalib, M., Saffinee, S. S. et al. (2023). In The 4th International Conference of Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2023 (4th INPAC 2023). USIM Press.e-ISBN: 9786297534947https://fsu.usim.edu.my/proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16668The 4th International Conference of Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2023 (4th INPAC 2023) “Pengajian Syariah dan Undang-Undang dalam Mendepani Cabaran Kontemporari” Editors (Malay & English) : Nur Aina Abdulah, Mashitah Abdul Mutalib, Siti Syahirah Saffinee, Nur Al-Farhain Kamaruzaman, Zizi Azlinda Mohd Yusof, Mualimin Mochammad Sahid, Hussein 'Azeemi Abdullah Thaidi, Muhammad Aunurrochim Mas'ad Saleh, Haliza A. Shukor, Mariam Saidona Tagoranao. Editors (Arabic) : Munir Ali Abdul Rab, Mahmoud Mohamed Ali Mahmoud Edris, Nurul Ain Binti Hazram, Ahmad Zaki Salleh, Baidar Mohammed Mohammed Hasan, Setiyawan Bin Gunardi, Fithriah Wardi, Lutfi Bin Mohamed Zain Organizer: Faculty of Syariah and Law 17 March 2023Pembangunan sesuatu kawasan berkait rapat dengan proses-proses berkaitan pembangunan tanah. Proses-proses ini dikawal oleh beberapa perundangan seperti Kanun Tanah Negara [Akta 828] dan Akta Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172]. Kes Majlis Perbandaran Subang Jaya v Visamaya Sdn.Bhd & Anor mengenai konflik syarat nyata tanah dalam Kanun Tanah Negara 1965 (kini telah disemak semula pada tahun 2020 dengan nombor [Akta 828]) (“KTN”) dengan zon guna tanah yang terdapat dalam Rancangan Tempatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan satu keputusan yang memberikan satu pengajaran besar dalam isu perundangan dan perancangan tanah. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kedudukan sebenar berhubung kaitan antara akta-akta melibatkan pembangunan tanah seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan KTN. Kajian dijalankan melalui semakan kepada perundangan dan keputusan-keputusan mahkamah yang terkini serta menjurus kepada pendekatan doktrinal. Kajian mendapati bahawa Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] (“Akta 172”) merupakan undang-undang utama yang dirujuk dalam suatu perancangan projek untuk sesuatu pembangunan. Manakala KTN pula undang-undang tanah terpenting yang digunakan di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Januari 1966 berkaitan urusan tanah. Konflik perundangan yang dinyatakan perlu diperhalusi dan disokong dengan pemahaman yang mendalam berkaitan proses dan niat asal penggubalan perundangan berkaitan.otherpembangunan tanah, undang-undang tanah, konflik perundanganKajian Kes Pertikaian Polisi dan Perundangan Tanah dalam Cadangan Pembangunan TanahA Case Study on Conflict of Law and Policy in Land DevelopmentArticle1217