Wan Abdul Fattah Wan IsmailLukman Abdul MutalibZulfaqar MamatHasnizam HashimAhmad Syukran BaharuddinBaidar Mohammed Mohammed HassanMohamad Aniq Aiman Alias2024-12-302024-12-3020242024-12-30Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib, Zulfaqar Mamat, Hasnizam Hashim, Ahmad Syukran Baharuddin, Baidar Mohammed Mohammed Hassan & Mohamad Aniq Aiman Alias (2024). Analisis terhadap konsep penerimaan dan pengesahan E-Kitabah sebagai kaedah pembuktian menurut perundangan Islam di Malaysia. LexForensica: Forensic Justice And SocioLegal Research Journal, 1(1), 1-12. https://doi.org/10.33102/3rh8f9703030-6485368-117https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25810https://lexforensica.usim.edu.my/index.php/journal/article/view/6/5LexForensica: Forensic Justice And SocioLegal Research Journal, Volume 1 Issue 1 Page (1-12)Jika dahulunya al-kitabahatau dokumen dilihat kurang popular pada suatu ketika dahulu, namun kini, al-kitabahtelah digunakan secara meluas merangkumi semua aspek kehidupan. Ini kerana, seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, kepelbagaian bentuk al-kitabahyang baru telah muncul seperti kamera, CCTV, telefon pintar dan sebagainya yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti di Mahkamah. Dokumen berbentuk elektronik ini dikenali sebagai 'E-Kitabah'. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperjelaskan berkaitan konsep E-Kitabahsebagai keterangan menurut perspektif fiqh dan perundangan Syariah Malaysia, menganalisis dalil pensyariatan penerimaan E-Kitabahsebagai keterangan, dan kaedah pengesahan bagi memastikan keaslian E-Kitabah. Di akhir perbincangan, penyelidik akan membincangkan mengenai isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan terhadap penerimaan E-Kitabahdi Mahkamah Syariah Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidik telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kepustakaan. Data-data yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan analisis kandungan dan dipersembahkan dalam bentuk subtema. Hasil kajian menunjukkan, E-Kitabahdilihat sebagai salah satu kaedah pembuktian yang popular pada masa kini di mahkamah keadilan. Walaupun bentuk keterangan tersebut boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah Syariah, namun masih tiada peruntukan khusus berkaitan prosedur penerimaan E-Kitabahdi Mahkamah Syariah Malaysia. Selain itu, pengamal undang-undang Syariah juga masih belum terbiasa dalam mengendalikan keterangan sebegini dan ada sesetengah daripadanya menolak pembuktian secara E-Kitabah. Oleh itu, penyelidik mencadangkan untuk meneliti semula peruntukan berkaitan penerimaanE-Kitabah sebagai keterangan di bawah Undang-Undang Keterangan Islam dan mengadakan latihan dan kursus bagi pengamal undang-undang Syariah untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai bukti secara elektronik.msDokumenE-Kitabahketeranganperundangan IslamMahkamah SyariahAnalisis Terhadap Konsep Penerimaan Dan Pengesahan E-kitabah sebagai Kaedah Pembuktian menurut Perundangan Islam Di MalaysiaAnalysis Of The Concept Of Acceptance And Verification Of E-kitabahas A Method Of Proof According To Islamic Legislationin Malaysiatext::journal::journal article11211