Khairul Asyraf Mohd NathirMohd Sukki OthmanWan Muhammad Wan SulongNik Farhan Mustapha2024-05-282024-05-28201923/5/20202600-8270http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-05-03-03.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4375Volume: 2 Issues: 5Variasi perkataan al-Qur’an merupakan salah satu bentuk kemukjizatan yang tiada tolak bandingnya. Setiap variasi perkataan mempunyai perbezaan walaupun secara literalnya mempunyai makna yang sama, salah satunya adalah perkataan hari kiamat. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pola variasi perkataan kiamat dalam al-Qur’an dengan membentuk kategori berdasarkan kekerapan penggunaan dalam al-Qur’an. Kajian kualitatif berbentuk analisis teks al-Qur’an ini akan menggunakan perisian ATLAS.ti 8 bagi memperolehi pola kekerapan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan, sebanyak 27 variasi perkataan hari kiamat ditemui dengan pecahan tiga kategori utama iaitu kekerapan tinggi, sederhana dan rendah manakala dari sudut pecahan pola pula, terdapat pola berulang dan pola statik yang merangkumi keseluruhan al-Qur’an.otherVariasi; Perkataan; Hari Kiamat; Al-Qur’an; PolaVariasi Perkataan Hari Kiamat Dalam Al Qur’an: Satu Tinjauan UmumVariation Words Of Kiamat In Qur’an: A General ReviewArticle254025