Ghazali ZainuddinNoor Azli Mohamed MasropMuhammad Sabri SahrirSiti Rosilawati Ramlan2024-05-282024-05-2820232024-2-19Zainuddin, G., MOHAMED MASROP, N. A., SAHRIR, M. S. ., RAMLAN, S. R., ISMAIL, I. M. ., MUSLIL, Y. ., & MANSOR, N. (2023). Kebolehgunaan Aplikasi Myarabiy Game dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama JAIS: Usability of My Arabiy Game in Learning Arabic Language at JAIS Islamic Primary School . E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 10(2), 176–196. https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i2.1442289-790910.53840/ejpi.v10i2.144https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/144/99https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7756e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi Volume 10 No.2 Page (176-179)Perkembangan pesat teknologi pada zaman ini, menjadikan peranti mudah alih seperti telefon dan tablet sebagai suatu alat yang memberikan peluang pembelajaran dan pengajaran luar biasa kepada pelajar dan guru. Wujudnya, peranti mudah alih sebagai salah satu alat dalam PdP menjadikan pendidikan yang dijalankan lebih menarik. Aplikasi mudah alih My ArabiyGameyang dibangunkan menerusi kajian ini adalah aplikasi yang dibangunkan sebagai salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh digunapakai oleh para guru bahasa Arab sekolah rendah. My Arabiy Gameini dibangunkan menggunakan sukatan kurikulum SekolahRendah Agama (SRA) JAIS menerusi platform Android. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menilai reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi My Arabiy Gameterhadap para pelajar di SRA. Penilaian reka bentuk dan kebolehgunaan aplikasi My Arabiy Gameinidijalankan ke atas para guru bahasa Arab SRA di daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala likert tujuh mata. Data kemudian dianalisis menggunakan SPSS v25 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Interpretasi nilai min yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penilaian reka bentuk yang terdiri daripada elemen kandungan, elemen motivasi, elemen kebolehcapaian, elemen seronok dan elemen multimedia berada pada tahap tinggi dengan nilai min bagi kesemua elemen melebihi 5.0. Hasil kajian mendapati aplikasi My Arabiy Gamemengikut tahap penilaian para guru menunjukkan guru bersetuju bahawa permainan pendidikan yang dibangunkan ini menarik dan mudah untuk difahami serta dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap apa yang telah dipelajari di dalam kelas.otherKeberkesanan; My Arabiy Game; Pembelajran Bahasa Arab;Sekolah Rendam Agama;JAISKebolehgunaan Aplikasi Myarabiy Game dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah Agama JAISUsability of My Arabiy Game in Learning Arabic Language at JAIS Islamic Primary SchoolArticle176196102