Yuslina MohamedHazlina AbdullahMesbahul HoqueSulaiman Ismail2024-05-282024-05-2820180126-5636https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/article/view/29763https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6542Non-Indexed PublicationKursus Bahasa Arab untuk tujuan khas telah diperkenalkan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ditawarkan kepada pelajar bahasa Arab dan komunikasi di peringkat sarjana dan pascasiswazah di Universiti Sains Malaysia (USIM) sejak tahun 2005. Ia adalah kursus wajib yang dibangunkan selaras dengan Misi Universiti "USIM 16" iaitu USIM akan menjadi pusat rujukan serantau dunia dalam integrasi Naqli dan Aqli. Fakulti pengajian Bahasa Utama (FPBU) memainkan peranan memperkasakan program yang ditawar berintegrasikan Naqli dan Aqli dalam semua kursus. Dengan demikian, kajian ini bertujuan mengetahui bagaimana pensyarah mengimplimentasi Naqli dan Aqli dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui bahan-bahan yang digunakan dalam kuliah. Penyelidik telah menemu bual 5 pensyarah yang mengajar kursus ASP untuk mendapatkan data implimentasi tersebut. Penyelidikan kualitatif ini akan mengkaji integrasi Naqli dan Aqli dalam ASP untuk mengetahui model-model yang telah diguna pakai oleh pensyarah dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian merumuskan bahawa tiada model khas yang dirujuk atau digunakan dalam PdP ASP. Walau bagaimanapun, semua pensyarah telah mengimplimentasikan Naqli dan Aqli dalam PdP.en-USBahasa Arab Tujuan Khas (ASP); integrasi naqli dan aqli; implimentasi; Arabic for Specific Purposes (ASP); integration of naqli and aqli; implimentationIntegrasi Naqli dan Aqli dalam Pengajaran Bahasa Arab Tujuan Khas di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)The Integration of Naqli and Aqli in Teaching Arabic for Specific Purposes (ASP) in Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)text::journal::journal article105113402