Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan2024-05-292024-05-2920232024-1-23Mohd Hamdan, M. A. (2023). Prinsip Ubat-Ubatan Nabawi Menurut Mahmud Nazhim Al-Nasimi: Principles of Prophetic Medicine According to Maḥmūd Nāẓim al-Nasīmī. Maʿālim Al-Qurʾān Wa Al-Sunnah, 19(2), 323-341. https://doi.org/10.33102/jmqs.v19i2.4372637-032810.33102/jmqs.v19i2.437https://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/437/276https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14775Journal of Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah Volume 19 No.2 Page (323-341)Khazanah al-tibb al-nabawimemaparkan pelbagai kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW dilihat menyarankan penggunaan bahan-bahan semula jadi tertentu seperti madu, tamar dan al-habbah al-sauda’terhadap para sahabat sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan kesihatan yang menimpa mereka. Mutakhir ini, aspek kekudusan yang mengiringi sabdaan Rasulullah SAW ini dieksploitasi oleh sebahagian pihak dengan tujuan mempromosikan produk jualan mereka yang mengandungi bahan-bahan yang telah dinyatakan dalam hadis. Sebahagian peniaga yang menjual bahan-bahan ini secara langsung juga dilihat tidak ketinggalan mempublisitikan perniagaan dengan modus operandi yang sama. Bukan sekadar itu, sebahagian keumuman lafaz hadis baginda SAW turut digunakan secara semberono untuk meraih minat para pembeli tanpa menjadikan kefahaman para sarjana muslimdan pakar perubatan moden sebagai sandaran dalam berinteraksi dengan hadis-hadis yang berkaitan. Objektif artikel ini adalah untuk mengetengahkan prinsip ubat-ubatan nabawi yang dicerakinkan oleh Mahmud Nazhim al-Nasimi dalam karyanya “Al-Tibb al-Nabawi wa al-‘Ilm al-Hadith”. Analisis dilakukan berdasarkan pendekatan deduktif dan perbandingan terhadap prinsip yang telah beliau gagaskan dengan komentar sarjana muslimdalam karya-karya syarahan hadis. Hasil kajian mendapati bahawa prinsip ubat-ubatan nabawi yang dinyatakan oleh al-Nasimi seperti penggabungan elemen wahyu dan ijtihad dalam ubat-ubatan nabawi didapati selari dengan idea yang telah dinyatakan oleh sebahagian ilmuwan awal Islam.otherAl-Tibbal-Nabawi, Ubat-ubatan Nabawi, Prinsip, al-Nasimi.Prinsip Ubat-ubatan Nabawi Menurut Mahmud Nazhim Al-nasimiPrinciples of Prophetic Medicine According to Maḥmūd Nāẓim al-NasīmīArticle323341192