Wan Muhammad Shaker Wan AdnanAzlan Shaiful BaharumMohd Nizwan Musling2024-10-222024-10-2220242024-10-18Wan Muhammad Shaker Wan Adnan , Azlan Shaiful Baharum & Mohd Nizwan Musling (2024). Perspektif Pelajar Terhadap Kebimbangan Berbahasa Arab: Suatu Kajian Tinjauan: Student Perspectives On Arabic Language Anxiety: A Review Study . Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(5), 124ā132. Retrieved from https://al-qanatir.com/aq/article/view/10112289-99441831-33https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/23911Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, Volume 33 Issue 5 Page (124ā132)Kebimbangan bahasa (Language Anxiety) adalah keadaan resah, gementar dan tidak tenang yang dialami oleh seseorang pelajar semasa mempelajari dan menggunakan bahasa kedua atau bahasa asing. Kebimbangan bahasa ini turut dihadapi oleh pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Arab, selari dengan kedudukan Bahasa Arab yang dikategorikan sebagai antara bahasa yang sukar untuk dikuasai secara keseluruhan. Fenomena kebimbangan bahasa ini mempunyai kesan negatif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar sehingga mengakibatkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Maka, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan pelajar tentang faktor utama yang memainkan peranan dalam mengurangkan tahap kebimbangan bahasa pelajar dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar. Sampel pelajar (Nā=ā10) dipilih daripada pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sampel yang dipilih merupakan mereka yang mempunyai tahap kebimbangan bahasa yang sederhana atau tinggi menurut borang soal selidik FLCAS (Foreign Language Classroom Anxiety Scale). Pengkaji telah menemubual 10 orang pelajar bagi mendapatkan pandangan mereka tentang peranan utama yang perlu dimainkan dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran Bahasa Arab. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik kod dan tema responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengurangkan tahap kebimbangan bahasa para pelajar di dalam kelas. Antara peranan yang perlu dimainkan adalah dari sudut psikologi pembelajaran (35.7%), emosi guru (28.5%), pemilihan kaedah pengajaran (21.4%) dan karakter guru (14.3%).msKebimbangan BahasaPeranan GuruBahasa ArabPerspektif Pelajar Terhadap Kebimbangan Berbahasa Arab: Suatu Kajian TinjauanStudent Perspectives On Arabic Language Anxiety: A Review Studytext::journal::journal article::research article124132335