Muhammad Nawawi, M. A. A.M. A. A.Muhammad Nawawi2024-05-302024-05-3020160127-787110.33102/sainsinsani.vol1no1.8http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/8https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15319Novel Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El-Shirazy merupakan novel pop Islami yang terkemuka di Indonesia dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh pengamalan moraliti dan nilai-nilai ketanggung jawaban yang diaplikasikan oleh pengkarya ketika menghasilkan novel ini dengan menitik beratkan pemanfaatan Al-Qur’an dan Hadith sebagai asas penting kepada pembentukan tasawur Islami yang syumul. Justeru, makalah ini bertujuan untuk merungkai dan menganalisis pemanfaatan Al-Qur’an dan Hadith yang dilakukan oleh pengarang dalam novel Ketika Cinta Bertasbih. Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan dengan mengaplikasikan pendekatan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dan analisis tekstual sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil kajian ini telah memperlihatkan Habiburrahman selaku pengarang novel ini telah memanfaatkan sumber tertinggi Islam iaitu Al-Qur’an dan Hadith melalui pemanfaatan rangka fiksyen yang berhemah dan menjaga hakikat kesucian kedua-dua sumber tertinggi tersebut.othersastera IslamKetika Cinta BertasbihpemanfaatanHabiburrahman El-ShirazyPemanfaatan Al-Qur'an dan Hadith Dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih Karya Habiburrahman El-ShirazyArticle445411