Syed Salim Syed ShamsuddinHasnizam Hashim2024-05-302024-05-3020172590-4396http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/65https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15736Artikel ini melihat dan mengkaji konsep pengawasan moral dan hak asasi manusia menurut perundangan syariah serta kepentingannya dalam sesebuah masyarakat Muslim khususnya di Malaysia. Artikel ini juga cuba untuk membetulkan salah faham tentang maksud sebenar konsep pengawasan moral yang dibawa oleh perundangan syariah seterusnya menyangkal dakwaan bahawa konsep ini bercanggah dengan hak asasi manusia justeru perlu disekat perlaksanaannya dalam masyarakat. Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang diterima pakai oleh kebanyakan masyarakat dunia. Hak asasi manusia juga merupakan satu elemen penting dalam kehidupan yang perlu dipertahankan bagi menjamin keadilan dan keharmonian manusiasejagat. Islam sebagai agama yang syumul telah memartabatkan hak-hak asasi manusia dalam pelbagai hal termasuk yang berhubung kait dengan moral dan etika dengan menggubal undang-undang yang begitu komprehensif melibatkan setiap golongan individu, masa, tempatdan situasi. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatifdeskriptifmelalui analisis dokumen terhadap karangan para ulama silam dan semasa yang berkaitan dengan permasalahan pengawasan moral dan hak asasi manusia. Hasil kajian mendapati bahawa pengawasan moral yang digariskan oleh perundangan syariah adalah selari dengan dengan hak asasi manusia. Tegasnya, apabila konsep pengawasan moral ini dilaksanakan ia dapat memelihara keharmonian masyarakat dan negara.otherHak asasi manusiapengawasan moralperundangan syariahKonsep Pengawasan Moral Dan Hak Asasi Manusia: Tinjauan Mengikut Perundangan SyariahArticle11413752