Nor Azwa Farhana AbdullahKu Suhaila Ku Johari2024-05-302024-05-302015https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18093Gejala penagihan dadah kian berleluasa masa kini dan bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap diri penagih terbabit malah turut memberi impak negatif terhadap keluarga mereka. Sesi kaunseling dengan pendekatan terapi Sandtray telah dijalankan untuk isteri penagih dadah bagi meneroka emosi, kognitif dan tingkah laku. Penerokaan sesi adalah melalui komunikasi lisan dan bukan lisan. Tema-tema adalah berdasarkan komunikasi lisan dan gambar digunakan untuk menunjukkan komunikasi bukan lisan yang berlangsung. Hasil kajian mendapati, intervensi ini dapat membantu dan memberi sokongan terhadap ahli keluarga mangsa penagihan dadah dalam institusi kekeluargaan. Hasil kajian mendapati bahawa permasalahan penagihan dadah memberi kesan terhadap emosi, kognitif dan tingah laku isteri penagih dadah. Kajian ini juga turut mencadangkan kepada penyelidik menjalankan kaunseling keluarga untuk meneroka permasalahan penagihan dadah dari aspek keakraban hubungan dan komunikasi antara individu dalam institusi kekeluargaan secara holistik.otherKaunseling, Terapi Sandtray, Penagihan dadah, KekeluargaanIntervensi Terapi Sandtray Dalam Kaunseling Terhadap Pasangan Penagih DadahOther185199