Umi Hamidaton Mohd Soffian LeeNor Azima AhmadNorsyella Ahmad TarmiziNurshahira Ibrahim2024-05-302024-05-3020232024-1-31Mohd soffian lee, U. hamidaton, Ahmad, N. A. ., Ahmad Tarmizi, N. ., & Ibrahim, N. . (2023). Peranan Institusi Keluarga (Ibu Bapa) Semasa Pandemik terhadap Pencapaian Akademik dan Kesejahteraan Psikologi Pelajar: The Role of Family Institutions (Parents) during the Pandemic on Students’ Academic Achievement and Psychological Well-Being. Sains Insani, 8(1), 111-123. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no1.4620127-787110.33102/jsihttps://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/462/291https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15274Jurnal Sains Insani Volume 8 No 1 Page (111-123)Pada tahun 2022 Malaysia melangkah ke fasa endemik setelah hampir dua tahun masyarakat berdepan dengan pelbagai implikasi akibat pandemik Covid-19. Peralihan fasa menjadi permulaan baharu buat Keluarga Malaysia khususnya golongan pelajar yang berhadapan dengan cabaran besar perlu mengadaptasi norma baharu terutama dalam kalangan berpendapatan sederhana dan rendah. Peralihan drastik ini telah menyumbang kepada perubahan kesejahteraan psikologi dan pencapaian akademik melibatkan sebilangan pelajar di negara ini. Bagi memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting terutama melibatkan perkembangan dalaman dan luaran pelajar. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti peranan institusi keluarga terhadap perkembangan pencapaian akademik dan kesejahteraan psikologi setelah berakhirnya pandemik Covid-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah kajian perpustakaan yang melibatkan analisis kandungan melibatkan proses mengumpul dan menyatukan data dari sumber sekunder seperti jurnal, majalah, surat khabar, buletin dan pautan lama web. Kaedah ini memfokuskan kepada pemahaman terhadap peranan dan fungsi institusi keluarga, pencapaian akademik dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bagaimana peranan institusi keluarga berperanan mempengaruhi pembentukan pencapaian akademik pelajar dan kesejahteraan psikologi. Tuntasnya, kajian ini akan menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya dalam usaha mengenalpasti peranan institusi keluarga. Ia memfokuskan kepada peranan ibu bapa terhadap perkembangan dan masa depan pelajar melibatkan aspek pendidikan dan psikologi. Tambahan lagi, pelajar merupakan perintis masa depan negara di masa akan datang. Ia sejajar dengan dengan matlamat Deklarasi Keluarga yang menjadi sebahagian agenda nasional supaya semua pihak meletakkan kepentingan keluarga sebagai keutamaan dalam segala perancangan dan tindakan. Kegagalan ibu bapa sebagai komponen penting dalam institusi keluarga akan memberi impak kepada hala tuju pelajar malahan Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina di masa akan datang.otherInstitusi keluarga, pencapaian akademik, kesejahteraan psikologi, pandemik.Peranan Institusi Keluarga (ibu Bapa) Semasa Pandemik Terhadap Pencapaian Akademik Dan Kesejahteraan Psikologi PelajarThe Role of Family Institutions (Parents) during the Pandemic on Students’ Academic Achievement and Psychological Well-BeingArticle11112381