Siti Nabihah Binti SharudinNur Wanzurina Binti NoormenSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17628E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Al-Quran merupakan panduan yang utama kepada umat Islam kerana ia mampu menjadi cahaya yang menerangi kegelapan bagi mereka. Mempelajari Al-Quran menjadi satu kewajipan kepada umat Islam sepanjang hayat. Justeru, usia emas bukanlah satu penghalang untuk mereka mempelajari dan mendalami ilmu Al-Quran sekaligus ia juga merupakan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak masyarakat serta NGO di luar sana menyediakan peluang dalam mempelajari Al-Quran kepada warga emas dengan menyediakan kelas-kelas pengajian Al-Quran sama ada secara rasmi atau tidak rasmi di masjid, pondok, madrasah, atau di rumah mereka sendiri. Namun, dalam mendepani isu pengajaran Al-Quran kepada warga emas di Madrasah Orang Pencen, wujudkah cabaran kepada tenaga pengajar atau golongan warga emas itu sendiri? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran Al-Quran yang digunakan di Madrasah Orang Pencen serta menganalisis cabaran yang wujud sepanjang pengajian Al-Quran di sana. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah bersifat kualitatif iaitu kaedah lapangan secara temu bual yang melibatkan pengasas madrasah tersebut, beberapa orang tenaga pengajar, dan beberapa orang pelajar di sana. Program pengajaran Al-Quran di Madrasah Orang Pencen mengambil kira keadaan serta kemampuan warga emas yang ingin belajar di sana. Pengajaran dijalankan secara berkitab dalam mata pelajaran mereka serta dijalankan secara teori dan amali. Pelaksanaan program pengajaran Al-Quran ini telah mendorong pengamalan ajaran agama dalam kehidupan seharian warga emasotherWarga Emas, Pengajaran Al-Quran, Madrasah Orang Pencen, CabaranPembelajaran Al-Quran dalam Kalangan Warga Emas di Madrasah Orang Pencen: Wujudkah CabaranArticle656665