Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu BakarWirawahida Kamarul Zaman2024-05-272024-05-2720202710-6616https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3665Volume : 2Psikologi keselamatan merupakan terma yang masih baharu yang menggabungkan disiplin ilmu psikologi dan keselamatan. Ia merupakan perasaan yang terhasil melalui proses kognitif dan perlakuan akibat realiti keselamatan. Krisis kesihatan dunia dengan penularan pandemic Covid-19 telah membawa naratif psikologi keselamatan dilihat secara kontruktif. Namun begitu sikap dan tahap kesedaran terhadap Covid-19 menjadi permasalahan dalam memerangi ancaman bahaa wabak ini. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan kepentingan psikologi keselamatan di peringkat individu yang menjadi faktor utama pembendungan wabak. Kemudian, artikel menganalisa kes keingkaran terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai indicator tahap kesedaran psikologi keselamatan. Data dianalisa melalui cerapan kes ingkar PKP Fasa 1 hingga Fasa 5 iaitu daripada 23 Mac 2020 sehingga 8 Jun 2020. Dapatan analisa menunjukkan sikap masyarakat yang tidak serius tentang kesihatan individu lain merupakan faktor utama. Kes ingkar arahan meningkat sejajar dengan peningkatan operasi pematuhan. Tahap kesedaran masyarakat yang rendah merupakan halangan terbesar dalam pembendungan wabak Covid-19. Cadangan penambahbaikan polisi dibincangkan dalam artikel ini.otherKeselamatan, Kesihatan, Perintah Kawalan Pergerakan, Norma BaharuAnalisa Kes Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 - Fasa 5 Semasa Pandemik Covid-19An Analysis of Violation Cases of Phase 1 - Phase 5 Movement Control Order During Covid-19 PandemicArticle839221