Mushaddad HasbullahZakaria, M. Z.M. Z.Zakariaahad Musa, Z. M.Z. M.ahad Musa2024-05-302024-05-3020162590-4396http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/14https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15728Permasalahan berkaitan orang hilang (al-mafqud) merupakan isu yang sangat penting untuk dibincangkan khususnya setelah berlaku pelbagai kejadian yang melibatkan kehilangan orang-orang yang tidak dapat dikesan sama ada disebabkan oleh kecelakaan, perperangan, pemerdagangan manusia dan tidak kurang juga yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Kehilangan tersebut membawa kesan yang besar khususnya dalam pembahagian harta pusaka yang melibatkan bahagian orang hilang tersebut ataupun hartanya sendiri yang perlu dibahagikan kepada waris yang lain. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti pendekatan yang paling sesuai dalam menyelesaikan isu pembahagian harta pusaka yang membabitkan orang hilang khususnya di kalangan umat Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pewarisan harta�al-mafqud. Kajian Teks digunakan dengan merujuk kitab-kitab fiqh klasik dan baharu untuk mendapatkan maklumat kajian. Kajian mendapati terdapat beberapa kaedah untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka orang hilang. Justeru, penulis mengambil pendekatan yang paling sesuai dalam menentukan pembahagian tersebut dengan mengambil kira kemaslahatan semua pihak yang terlibat terutamanya ahli waris. ��otherPewarisanharta pusakaorang hilangal-mafqudsyariahPewarisan Harta Orang Hilang (Al-Mafqud): Tinjauan Terhadap Pandangan Syariah Dan PerlaksanaannyaArticle11241