Zainur Rijal Abdul RazakSulaiman IsmailYuslina Mohamed2026-01-132026-01-132025Zainur Rijal Abdul Razak, Sulaiman Ismail & Yuslina Mohamed. (2025). Kesesuaian dan Kebolehlaksanaan Pengajaran Morfologi Arab Menggunakan Kecerdasan Buatan. International Conference of Language & Education (ILEC2025), 54–72. https://sites.google.com/view/ilec2025/home3120-3809https://sites.google.com/view/ilec2025/homehttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28524International Conference of Language & Education (iLEC2025): Empowering Language and Education to Develop Madani Generation in the Era of Artificial Intelligence (AI) 17 & 18 November 2025 Organized by Universiti Sains Islam MalaysiaPenggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran bahasa Arab masih tetinggalan jika dibandingkan dengan bahasa utama lain. Salah satu isu yang menyumbang kepada keadaan ini ialah ciri-ciri khas bahasa Arab berbanding dengan bahasa utama dunia yang lain, seperti penggunaan huruf, sistem baris (diacritics), dan sistem tulisan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesesuaian penggunaan AI dalam pengajaran salah satu cabang ilmu tatabahasa Arab iaitu morfologi Arab (al-Saraf al-arabi). Ia juga bertujuan untuk menganalisis pandangan pelajar mengenai kebolehlaksanaan penggunaan AI dalam pengajaran kursus ini di peringkat universiti. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data empirikal terhadap 105 responden dalam bidang bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Perisian SPSS versi 29.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif dari soal selidik ini. Seterusnya, kajian ini mengaplikasi ujian chi-square Pearson untuk menganalisis hubungan antara kesesuaian dan kebolehlaksanaan AI dalam pengajaran kursus morfologi Arab. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesesuaian kursus berkenaan dan kebolehlaksanaannya dengan menggunakan AI. Kajian ini juga menyarankan beberapa aspek morfologi Arab yang selaras dengan keupayaan AI, seperti menyediakan bahan untuk pembentangan pelajar, latihan, dan pengajaran subtopik utama dalam bidang ini.msMorfologi ArabKecerdasan BuatanPengajaranKesesuaianKebolehlaksanaanArabic MorphologyArtificial IntelligenceTeachingRelevanceFeasibilityKesesuaian dan Kebolehlaksanaan Pengajaran Morfologi Arab Menggunakan Kecerdasan Buatantext::conference output::conference proceedings::conference paper5472