Abd. Rahman, N. N.N. N.Abd. RahmanAli, A. K.A. K.AliAhmad, R.R.Ahmad2024-05-292024-05-2920162232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/57https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13650Secara amnya fatwa negeri-negeri di Malaysia berdasarkan pandangan mazhab Syafi’I melalui peruntukan-peruntukan enakmen negeri masing-masing. Namun, terdapat beberapa perubahan dalam fatwa mungkin hasil perkembangan sistem pengajian, pendedahan para ulama dan masyarakat awam kepada perbincangan hukum secara lebih terbuka, kemaslahatan masyarakat dan keperluan mereka kepada pandangan yang boleh menjadi penyelesaian yang menepati realiti dan keperluan semasa. Justeru artikel ini cuba menganalisis faktor yang menyumbang kepada semangat keterikatan fatwa kepada mazhab Syafi’I dan sejauhmana berlaku ruang keterbukaan kepada pandangan mazhab lain dalam penentuan fatwa. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan apabila sumber data utama ialah koleksi fatwa Jemaah Ulama Kelantan. Bahan-bahan tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian artikel ini ialah keterikatan kepada mazhab Syafi’I di Kelantan memang disahkan pernah berlaku, namun sekarang telah berlaku keterbukaan kepada pandangan-pandangan mazhab lain. Di samping itu, perubahan fatwa semasa kerana mengambil kira maqasid al-shari’ah iaitu menolak kesukaran dan mendatangkan kemudahan. Begitu juga Jemaah Ulama memberikan jawapan hukum yang memenuhi keperluan setempat dan semasa, mengisinya dengan berhikmah bersesuaian dengan kapasiti yang wujud dalam keanggotaan autoriti fatwa dan keperluan masyarakat.mazhab Syafi'ifatwaJemaah ulama KelantanKeterikatan Fatwa Kepada Mazhab Syafi'i: Analisis Terhadap Fatwa- Fatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu KelantanArticle73571