Diani Mardiana Mat ZinAmirah ZainunFarhana Abdul Razak2024-05-272024-05-272017JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2017)2289-80421872-2http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_011_diani.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3932Kajian ini bertujuan mengenal pasti punca,simptom dan pendekatan kendiri untuk mengurus tekanan emosi dalam kalangan pelajar pintar berbakat di Kolej Permata Insan (KPI), USIM. Kajian ini melibatkan kesemua 48 pelajar pengambilan pertama KPI (29 pelajar lelaki dan 19 pelajar perempuan). Kajian telah dijalankan dengan mengumpul data dengan menggunakan borang soal selidik. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada semua responden. Data dianalisis secara deskriptif skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca utama tekanan emosi dalam kalangan pelajar lelaki ialah faktor akademik (min 3.2) diikuti oleh faktor peribadi (min 2.9) dan faktor persekitaran pembelajaran (min 2.8). Faktor utama tekanan emosi bagi pelajar perempuan juga ialah faktor akademik (min 3.4) diikuti dengan faktor persekitaran pembelajaran (min 3.2) dan faktor peribadi (min 3.0). Pelajar lelaki menunjukkan simptom cepat marah (min 3.0) apabila tertekan. Pelajar perempuan pula menunjukkan simptom pening (min 4.3), letih dan tidak bermaya (min 4.2); fikiran bercelaru (min 4.0) dan sedih (min 4.0) apabila tertekan. Apabila tertekan, kedua dua pelajar lelaki dan perempuan memilih untuk lebih mendekatkan diri dengan Tuhan sebagai langkah mengurus rasa tekanan (lelaki, min 4.2; perempuan, min 4.3). Selain itu, pelajar perempuan juga suka tidur apabila tertekan (min 4.1). Secara keseluruhannya, pelajar perempuan mengalami tekanan emosi yang lebih tinggi berbanding pelajar lelakientekanan,pintar berbakat,remajaTekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar BerbakatArticle1081181Special