Mohd Nazri Abdul RahmanAishah Abdul MalekMuhammad Asyraf Mansor2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18151Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan: Pedagogi responsif budaya merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sumber rujukan budaya setempat dalam menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan pembentukan tingkah laku pelajar. Cerita rakyat pula merupakan salah satu bentuk menyampaikan mesej pengajaran tentang sesuatu idea, konsep atau sejarah bagi membantu kefahaman kanak-kanak terhadap sesuatu fakta. Malaysia mempunyai kepelbagaian bahasa dan budaya yang menjadikan cabaran besar kepada guru untuk menyampaikan maklumat serta fakta kepada kanak-kanak pelbagai bangsa khususnya yang baru memasuki alam persekolahan dan tidak menguasai bahasa pengantara yang digunakan di dalam kelas. Objektif : Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek pelaksanaan pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat untuk awal literasi kanak-kanak. Metodologi : Kajian ini dilaksanakan ke atas sekumpulan kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun di tabika yang terletak di Tangkak, Johor. Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual dan ‘fokus group discussion’ sebelum dan selepas aktiviti dilaksanakan. Dapatan : Kajian menunjukkan pedagogi responsif budaya dapat dijalankan dengan adanya kreativiti guru dalam penyampaian cerita rakyat merupakan faktor utama yang mempengaruhi penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak berkepelbagaian budaya. Dapatan kajian ini mencadangkan pedagogi responsif budaya menerusi cerita rakyat perlu dilaksanakan secara kreatif oleh guru melalui penggunaan boneka, bahan maujud atau drama dalam kalangan kanak-kanak berkepelbagaian budaya bagi meningkatkan penguasaan kemahiran literasi awal kanak-kanak. Kepentingan : Implikasi kajian menunjukkan bahawa pedagogi responsif budaya memberi nilai tambah kepada pembentukan nilai, jati diri dan perwatakan diri kanakkanak.otherCerita Rakyat, pedagogi responsif budaya, kemahiran literasi,kepelbagaian budayaPedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak: Restrospektif GuruArticle245256