Danial Irfan ZaharuddinMuhammad Hidayat SuhaimiAbdul Syahmi JamaluddinSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17705E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandPenggunaan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) telah mengalami perkembangan yang pesat, memberikan impak signifikan pada pelbagai aspek kehidupan manusia. Di dalam sudut keagamaan, khususnya dalam kajian Al-Quran dan Sunnah, teknologi telah memberikanpeluang baru untuk memahami dan menyebarkan ilmu agama. Sebelum adanya teknologi digital, proses mempelajari Al-Quran dan Hadis terbatas pada metode konvensional, seperti penggunaan buku cetak dan pengajaran langsung. Namun, dengan munculnya aplikasi, laman web, dan media sosial, cara pembelajaran dan penyebaran pengetahuan agama telah mengalami perubahan yang signifikan. Namun, sementara teknologi membawa manfaat, potensi risiko juga perlu diperhatikan seperti penyebaran maklumat palsu atau disinformasi, dan isu-isu keamanan data. Oleh kerana itu, objektif kajian ini dijalankan untuk mengeksplorasi secara mendalam kesan positif dan potensi risiko penggunaan teknologi dalam mempelajari dan menyebarkan ilmu Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, memberikan landasan untuk memahami cara memaksimakan manfaat teknologi dalamagamaIslam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan menganalisis dan mengumpul data daripada kajian yang lepas tentang pembelajaran dan penyebaran ilmu agama menggunakan teknologi pada zaman moden ini. Hasil kajian menunjukkan bahwa penggunaan teknologi, seperti aplikasi media sosial, laman web dan yang lain, telah memberikan impak yang positif dalam memperluas akses terhadap ilmu Quran dan Sunnah. Majoriti kajianmenyatakan bahwa teknologi telah memudahkan masyarakat dalam memahami dan menyebarkan ajaran agama, tetapi sejumlah kecil responden menyampaikan kebimbangan terhadap privasidandatamereka. Kajian ini menyimpulkan bahwa penggunaan teknologi sangat memainkan peranan yang penting dalam mempelajari dan menyebarkan ilmu Quran dan Sunnah seterusnya memberi pemahaman yang mantap kepada masyarakat.en-USTeknologi, Al Quran, As Sunnah, kaedah penyebaran, masyarakat.Penggunaan Teknologi dalam Mempelajari dan Menyebarkan Ilmu Quran dan SunnahArticle213225