Abd Hakim Mohad @ Mohamad RamliRos Aiza Mohd MokhtarMufidah Binti Ruji Jaman2024-05-282024-05-282018--JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2018)2289-80422219-21http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/speciallissue2018/jsass_khas02_007_hakim.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4734Dewasa ini pengaruh NGO dalam masyarakat di Malaysia amnya dan Sabah khususnya semakin terasa. Dalam aspek perpaduan misalnya, pihak NGO juga turut memainkan peranan penting ke arah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya apakah NGO Islam juga menjalankan peranan ini dengan baik, kerana wujud persepsi yang menyatakan bahawa NGO yang berteraskan agama lebih banyak memainkan sentimen agama untuk kepentingan mereka dan bersikap kurang mesra terhadap penganut agama lain sehingga boleh menjejaskan perpaduan. Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan NGO Islam di Sabah dalam isu perpaduan masyarakat. Tulisan ini adalah hasil kajian rintis yang difokuskan kepada dua NGO Islam di Sabah iaitu United Sabah Islamic Association (USIA) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti peranan NGO Islam dalam memupuk perpaduan masyarakat di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana, sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang pernah menjadi aktivis atau pernah menyertai program yang dianjurkan oleh kedua-dua NGO tersebut. Dapatan kajian ini mendapati bahawa NGO Islam di Sabah telah memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Diharapkan agar perkongsian ini dapat memberikan sedikit maklumat tentang peranan yang dimainkan oleh NGO agama dalam memupuk perpaduan masyarakat Islam di Sabah.enNGO, Islam, Perpaduan, Peranan, Toleransi, SabahPeranan NGO Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan AwalThe Role Of Sabah Islamic Ngos In Fostering Communal Unity: A Preliminary StudiesArticle97109Special Issue