Roslizawati Mohd RamlyEizan Azira Mat SharifMarina Munira Abd MutalibMohd Rosmizi Abd RahmanWan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali2024-05-302024-05-302020-11-04eISBN 978-9674408428https://drive.google.com/file/d/1UeDLxHuzOc8eJ8ZVEJUgI-63YO-gukhM/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17972E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020. Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri AhmadPenghinaan agama khususnya terhadap agama Islam sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi satu trend di media sosial. Unit Pemantauan lsu Hina Agama, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) melaporkan bahawa terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan terhadap Islam di media sosial sehingga 30 Jun 2020. JAKIM turut mengenal-pasti sebanyak 83 pautan yang menghina agama Islam. Walaupun tindakan undang-undang telah diambil terhadap pesalah yang melakukan penghinaan agama sekitar tahun 2019 namun, isu ini masih sukar dibendung. Justeru, satu pendekatan yang lebih jitu dan efektif perlu dibina. Untuk tujuan itu, sebagai langkah permulaan, kajian ini cuba mengenal pasti tema-tema penghinaan agama Islam yang terdapat dalam media sosial. Metode kajian yang digunakan adalah analisis kandungan terhadap akaun sosial media Facebook dan Twitter yang telah dikenal pasti mengandungi mesej penghinaan agama Islam. Terdapat pelbagai tema yang telah ditemui menerusi kajian analisis kandungan terhadap beberapa akaun sosial media Facebook dan Twitter ini. Penghinaan-penghinaan terhadap agama Islam ini dibuat dengan mengaibkan serta mempersendakan beberapa elemen yang terdapat dalam ajaran Islam. Hasil kajian lanjut kepada tema-tema ini akan menyumbang kepada usaha mengatasi isu penghinaan agama Islam yang semakin berleluasa kesan daripada kelemahan sistem perudangan dan tiadanya modul khusus berkaitan pencegahan penghinaan Islam di Malaysia.otherpenghinaan agama Islam, media sosial, MalaysiaTema Penghinaan Agama Islam Di Media Sosial: Satu Tinjauan AwalArticle242248