Zainur Rijal Abdul RazakFauziah HassanAmir Shaharuddin2024-05-282024-05-2820222022-4-27Abdul Razak, Z. R., Hassan, F., & Shaharuddin, A. (2022). Pengurusan Pelajar Siswazah Antarabangsa Usim Pasca Covid-19: Analisis Pandangan Pelajar. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 5(14), 1 - 16.2637-09561287-2910.55573/JOSSR.051401http://www.jossr.com/archived.asm?dataid=441&iDisplayStart=0&aaSorting=&isSearchDetail=1&dataidExtend=4436&iDisplayStartExtend=0&aaSortingExtend=&isSearchDetailExtend=1https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6576Volume: 5 Issues: 14 [March, 2022] pp. 1 - 16] Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)Penularan wabak Covid-19 telah memberi impak kepada corak kehidupan masyarakat dunia secara keseluruhannya. Kemuncaknya pada sekitar penghujung tahun 2020 ini apabila hampir 4 billion manusia atau separuh dari penduduk dunia menghadapi ‘lockdown’ atau kawalan pergerakan di rumah atau di pusat kuarantin. Hal ini telah memberi kesan secara keseluruhan kepada pergerakan antarabangsa masyarakat dunia atas apa juga tujuan sama ada untuk pelancongan, perniagaan mahupun pendidikan. Meskipun semua negara akan menarik semula arahan kawalan pergerakan ini apabila keadaan pulih, namun, norma kehidupan masyarakat dunia tidak akan kembali seperti sedia ada untuk tempoh yang lama. Impak negatif Covid-19 ini tidak terkecuali di peringkat pengajian tinggi termasuklah pelajar antarabangsa yang terpaksa menghadapi PdP secara online sepenuhnya. Kesukaran yang dihadapi golongan pelajar ini mungkin tidak diberi perhatian khusus memandangkan mereka merupakan minoriti di universiti. Justeru, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan pelajar siswazah antarabangsa terhadap kesediaan dan pengalaman mereka dalam mengharungi cabaran PdP ketika pandemik. Dapatan dari data kuantitatif ini dijadikan asas untuk mencadangkan dasar pengurusan pelajar siswazah antarabangsa pasca pandemik. Kajian ini mendapat maklumat yang diperlukan melalui kaedah soal selidik yang diedarkan kepada 130 pelajar siswazah antarabangsa semasa yang sedang mengikuti pengajian sarjana dan doktor falsafah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun sebahagian besar pelajar antarabangsa siswazah di USIM tidak menghadapi masalah besar dalam mengikuti PdP online ketika pandemik Covid-19 ini. Namun, minoriti pelajar juga perlu diberi perhatian agar tiada pelajar tercicir dari mengikuti pengajian. Kajian juga menunjukkan aspek kebajikan dan kebolehcapaian fasiliti menjadi isu utama yang perlu ditangani pihak universiti.otherPengurusan Pelajar, Pelajar Antarabangsa, PdP Online, Pasca Covid-19Pengurusan Pelajar Siswazah Antarabangsa USIM Pasca Covid-19: Analisis Pandangan PelajarManagement Of USIM’s International Graduate Students In Post Covid-19 Pandemic: Students SurveyArticle116514