Mohd Zohdi Mohd AminAhamad Asmadi SakatA. Irwan Santeri Doll Kawaid2024-05-302024-05-3020191675-5936http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/131https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15823Perpecahan umat Islam kepada 73 puak telah diberitakan oleh Rasulullah melalui sebuah hadis yang dikenali sebagai hadis Iftirāq al-Ummah. Hadis ini menjelaskan bahawa wujudnya satu puak yang berada dalam kebenaran (al-Firqah al-Nājiyah), manakala puak yang selebihnya disifatkan sebagai puak yang sesat. Rentetan itu, terdapat puak yang mendakwa diri masing-masing sebagai al-Firqah al-Nājiyah, sekaligus melontar kesesatan terhadap pihak yang bertentangan dan berlainan aliran. Keadaan ini mendorong sesetengah pihak menolak hadis ini kerana dianggap sebagai punca perbalahan dan perpecahan umat. Sewajarnya penolakan sesebuah hadis perlulah berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan sandaran sanad hadis dan tidak semata-mata bergantung kepada sangkaan wujudnya ʻillah pada makna hadis. Justeru kajian kualitatif dijalankan terhadap 33 periwayatan hadis Iftirāq al-Ummah yang diriwayatkan melalui 14 orang para sahabat. Analisis sanad hadis dengan mengikut metode ahli hadis dijalankan terhadap rantaian sanad hadis di samping penilaian terhadap pertautan di antara sanad. Kajian mendapati bahawa sebahagian sanad hadis ini berada pada kedudukan hasan, dan dapat ditingkatkan ke tahap sahih dengan adanya shawāhid daripada lima periwayatan para sahabat. Setiap riwayat tersebut menguatkan di antara satu sama lain. Manakala riwayat yang selainnya tidak lekang daripada kecacatan dan kelemahan periwayatnya. Riwayat yang sahih menjelaskan bahawa al-Firqah al-Nājiyah ialah al-Jamāʻah dan al-Sawād al-A'zam.otherHadis Iftiraq UmmahKesederhanaanal-Firqah al-NajiyahPerpecahan Ummat.Kedudukan Hadis Iftiraq al-Ummah Menurut Neraca Para Ulama HadisThe Position of Hadith Iftirāq al-Ummah According to The Scholars of HadithArticle375127