Anuar HasinNorazman AliasZainora Daud2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17220Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM021 415 - 427Ilmu Tajwid al-Quran merupakan sebuah ilmu yang bercorak teori dan praktikal. Kebiasaanya ilmu ini dipelajari melalui kaedah talaqqi dan musyafahah yakni murid menadah ilmu dan mengambil bacaan secara bersemuka dan terus daripada guru. Namun, sejak wabak Covid-19 melanda dunia, corak pembelajaran di dunia yang lazimnya secara bersemuka telah berubah kepada norma baru iaitu pembelajaran secara dalam talian. Hal yang demikian turut memberi kesan ke atas perjalanan pembelajaran ilmu tajwid di kebanyakan institusi. Kertas kerja ini adalah bagi mengenalpasti sejauhmana penerimaan as-Sunnah terhadap pembelajaran tajwid al-Quran secara dalam talian. Selain itu, ia juga adalah untuk meneroka panduan yang telah digariskan oleh as-Sunnah berkaitan dengan pembelajaran al-Quran dan keterikatan pembelajaran secara dalam talian terhadapnya. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui analisis terhadap hadis-hadis Nabi s.a.w yang berkaitan dengan pembelajaran Al-Quran juga pandangan ulama-ulama berkenaannya dan juga pemerhatian ke atas saluran-saluran pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian di dalam masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa Islam melalui as-Sunnah tidak menghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran ilmu al-Quran seperti tajwid dan seumpamanya namun ia mestilah tidak menjejaskan keaslian ilmu itu serta mestilah berupaya memelihara tradisi asal keilmuan ilmu tersebut seperti talaqqi dan musyafahah.otherTajwid,Covid-19,Pembelajaran Online,as-Sunnah,TalaqqiPembelajaran Ilmu Tajwid Secara Dalam Talian Di Era Covid-19: Satu Tinjauan Menurut Persprektif As SunnahArticle415427