Wazzainab IsmailRosni SamahAzlan Shaiful Baharum2024-10-142024-10-142024-11-30Wazzainab Ismail , Rosni Samah , & Azlan Shaiful Baharum. (2023). Hubungan Teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani (TJJ) dengan Indikator Untuk Memahami Ilmu Bayan Bahasa Arab. E-Proceeding Islamic Science Social Postgraduate Conference 2023 (ISSPeC 2023) , 128–134. https://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/01/ISSPeC-2023-E-Proceeding-Final.pdfe-ISBN : 9786297636177https://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/01/ISSPeC-2023-E-Proceeding-Final.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/23545E-Proceeding Islamic Science Social Postgraduate Conference 2023 (ISSPeC 2023) “The Tradition of Knowledge as a Catalyst for the Sustainability of Civilization”/ editors : Anita Binti Ismail, Farah Laili Binti Muda @ Ismail, Kamal Azmi Bin Abd Rahman, Afi Roshezry Bin Abu Bakar, Ikmal Hafiz Bin Jamal Organized by: Institut Sains Islam (ISI) & Pusat Pengajian Teras (PPT) 30 November 2023Al-Jaheez dan Al-Jurjaani adalah senarai pakar ilmu Balaghah bahasa Arab yang sangat besar sumbangan mereka terhadap kemajuan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Ilmu Bayan adalah salah satu cabang ilmu Balaghah bahasa Arab yang memerlukan tahap kefahaman yang mendalam dan ianya memerlukan penghayatan dan bukan sekadar hafalan. Balaghah bahasa Arab ialah ilmu yang terbahagi kepada cabang ilmu Bayan, ilmu Maa’ni dan ilmu Badi’. Ilmu Bayan adalah ilmu yang membincangkan tentang tashbih, majaz, istia’rah dan kinayah. Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar agar lebih memahami ilmu Bayan yang biasanya agak sukar dikuasai dengan baik oleh pelajar bukan Arab. Objektif kajian adalah untuk mengkaji hubungan antara teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani dengan indikator untuk memahami ilmu Bayan. Kajian kualitatif secara analisis dokumen ini akan menjelaskan tentang hubungjalin teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani dengan indikator untuk memahami ilmu Bayan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang terkait antara teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani dengan indikator untuk memahami ilmu Bayan. Ini dapat dilihat kepada rumusan teori Al-Jaheez (Perkataan + contoh = faham. Manakala teori Al-Jurjaani (perkataan + makna = faham). Indikator untuk memahami Ilmu Bayan iaitu ilmu Nahu, Saraf, Dalalah dan Kaedah Balaghah menjelaskan bahawa indikator ini sangat berkait dengan teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani yang melengkapkan proses untuk memahami ilmu Bayan iaitu dengan memahami contoh dan mempraktikkannya.msHubungjalinTeoriAl-JaheezAl-JurjaaniindikatorIlmu BayanHubungan Teori Al-Jaheez dan Al-Jurjaani (TJJ) dengan Indikator Untuk Memahami Ilmu Bayan Bahasa Arabtext::conference output::conference proceedings::conference paper