W Hassan, W. S. F. A.W. S. F. A.W Hassan2024-05-302024-05-3020191675-5936http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/137https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15942Animasi merupakan medium hiburan yang paling dekat dengan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Namun begitu, penggunaan bahasa dalam animasi sering dipertikaikan kerana dilihat tidak menepati aspek kesantunan bahasa. Oleh itu, kajian ini ingin membincangkan tentang aplikasi kesantunan bahasa melalui Maksim kesantunan Leech dalam animasi Ulamā al Muslimīn serta strategi terjemahan yang digunakan dalam menterjemah sari kata. Kajian berbentuk kualitatif digunakan dalam kajian ini memfokuskan kepada analisis kandungan serta kajian kepustakaan. Bagi menganalisis strategi terjemahan yang digunakan dalam sari kata, kajian memilih untuk menggunakan strategi terjemahan Newmark (1998). Kajian mendapati kesemua data mematuhi maksim kesantunan bahasa Leech. Beberapa ungkapan dan lafaz yang menjadi penanda kesantunan bahasa dapat dikenalpasti dan diberi padanan yang tepat. Hasil terjemahan sari kata juga didapati mengekalkan aspek kesantunan bahasa sebagaimana yang terdapat dalam bahasa sumber.Kesantunan BahasaAnimasiMaksim Kesantunan LeechUlama' al-MusliminTerjemahan NewmarkAplikasi Kesantunan Bahasa dan Strategi Terjemahan Sari Kata Animasi Ulama' al Muslimin[Language Politeness Application and the Translation Strategy in The Ulama' al-Muslimin Animation]Article657625