Ahmad Fazullah Mohd Zainal AbidinWan Azura Wan Ahmad2024-05-302024-05-3020212022-3-31Mohd Zainal Abidin, A. F., & Wan Ahmad, W. A. . (2021). Perspektif Psikologi dan Retorik Al-Quran terhadap Aspek Emosi dan Kesopanan Komunikasi dalam Al-Quran: The Psychological and Quranic Rhetorical Perspectives toward the Emotion and Communication Politeness Aspects in the Quran. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.2940127-7871397-2210.33102/sainsinsani.vol6no2.294https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/294https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15181Aspek emosi dan hubungannya dengan ciri-ciri komunikasi yang sejahtera merupakan perkara penting dalam interaksi manusia. Kajian berkaitan kedua-dua bidang tersebut banyak dibincangkan dalam disiplin ilmu masing-masing. Namun, fokus perbincangan makalah ini merujuk kepada hubungan emosi dengan kesopanan komunikasi khusus dalam konteks ilmu psikologi dan retorik al-Quran. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji perspektif psikologi dan retorik al-Quran terhadap aspek emosi dan kesopanan komunikasi dalam al-Quran. Kajian kualitatif ini cuba menjelaskan beberapa ayat-ayat Al-Quran bertemakan emosi dan kesopanan komunikasi dengan fokus ulasan daripada sudut psikologi dan retorik al-Quran. Dapatan menunjukkan bahawa tema emosi dan kesopanan komunikasi dalam al-Quran mengandungi prinsip psikologi dan retorik al-Quran (seperti kosa kata, struktur ayat dan makna). Pertama, ayat al-Quran bertemakan emosi dan kesopanan komunikasi memaparkan keterikatan emosi yang memberi impak emosi terhadap jiwa manusia. Kedua, ayat-ayat kesopanan komunikasi mengandungi unsur retorik al-Ma’ani yang menggalakkan komunikasi harmoni dan sejahtera. Satu kerangka konsepsual komunikasi berasaskan prinsip kesopanan dan emosi dibentuk bagi menggambarkan konsep ini. Kajian ini merupakan salah satu bidang penyelidikan yang menggabungjalinkan pelbagai bidang iaitu bidang psikologi dan retorik bahasa Arab (dalam konteks al-Quran) dalam menjelaskan tema-tema kemanusiaan dalam al-Quran sebagai panduan kepada manusia sejagat.enPsikologi, emosi, kesopanan komunikasi, kajian retorik, al-QuranPerspektif Psikologi dan Retorik Al-Quran terhadap Aspek Emosi dan Kesopanan Komunikasi dalam Al-QuranThe Psychological and Quranic Rhetorical Perspectives toward the Emotion and Communication Politeness Aspects in the QuranArticle12313162