Robiatul Adawiyah MohdNorzulaili Mohd GhazaliHishomudin Ahmad2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17232Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM032 552-560Kalimah ‘rijz’ merujuk kepada sejenis azab yang diturunkan Allah SWT ke dunia kepada beberapa umat terdahulu kerana mengingkari perintah Allah SWT. Berdasarkan perbahasan sarjana tafsir dan hadis, azab daripada jenis ‘rijz’ ini masih wujud sehingga ke hari ini. Namun, kajian menyeluruh mengenai kalimah ‘rijz’ masih tidak banyak diketengahkan, sedangkan manusia berdepan dengan bahayanya pada setiap zaman. Bahkan kebanyakannya kajian lepas lebih tertumpu kepada wabak penyakit Thaun. Justeru, artikel ini akan mengenalpasti dan menganalisis kalimah ‘rijz’ yang terdapat dalam Quran dan hadis. Ciri-ciri azab yang terdapat pada kalimah ‘rijz’ dan langkah-langkah preventif mengenainya akan dikenalpasti dan dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kalimah “rijz” mempunyai ciri-ciri yang signifikan dengan beberapa jenis penyakit wabak yang diketahui pada hari ini. Hasil gabungan pengembangan makna kalimah ‘rijz’ dalam Quran dan hadis juga menunjukkan suatu pendekatan baharu bagi mendepani penyakit wabak yang berkemungkinan besar akan berlaku lagi sama ada pada masa kini atau akan datang. Kajian ini juga berpotensi menjadi jambatan ke arah pengintegrasian antara ilmu naqli dan aqli, khususnya dalam bidang perubatan dan sains kesihatan dan seumpamanya.otherrijz,pandemik,wabak, Covid19,Quran,HadisAnalisis Tematik Kalimah ‘Rijz’ Dalam Quran Dan Hadis NabawiArticle