Nur Ain Afiqah Nor KhafizNur Afiqah Shazwani JasmanSaidatul Adawiyah ZulkifliSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17723E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandTV AlHijrah merupakan peneraju dalam bidang media Islam yang mempunyai kesan ketara terhadap dakwah remaja bagi membentuk pandangan dan nilai remaja terhadap Islam. Platform ini bukan sahaja menyediakan maklumat, pengetahuan, dan perspektif Islam namun menawarkan program yang mendorong pemikiran, memenuhi hasrat remaja masa kini. Setiap idea inovatif yang dikeluarkan oleh TV AlHijrah bertujuan untuk menarik perhatian remaja melalui produksi yang kreatif serta untuk memenuhi keperluan dakwah dan keperluan pengetahuan remaja. Namun, sejauh manakah keberkesanan dakwah melalui TV AlHijrah ini terhadap remaja dalam era globalisasi ini? Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi menganalisis pengaruh dakwah TV AlHijrah terhadap pemikiran remaja melalui penerimaan nilai nilai islam yang disampaikan. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kuantitatif dimana dapatan kajian diperoleh daripada hasil soal selidik yang diedarkan di kalangan responden remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun. Hasil kajian menunjukkan bahawa dakw ah TV AlHijrah sangat memberi kesan kepada remaja bagi mengukuhkan pemahaman mereka tentang prinsip agama dan moral. Dakwah TV AlHijrah sangat penting bagi membentuk pemikiran dan nilai remaja kerana ia boleh memupuk perspektif positif tentang kehidupan. T untasnya, kajian ini menyimpulkan dengan jelas bahawa dakwah di TV AlHijrah mempunyai peranan yang tidak dapat diabaikan sebaliknya, ia menyumbang secara besar besaran kepada pembentukan individu yang berakhlak dan berpegang teguh pada ajaran agama.other: TV AlHijrah, dakwah remaja, mediaDakwah Tv Alhijrah: Pengaruhnya Terhadap RemajaArticle260274