Arnida A. BakarSulhah RamliAkmal Khuzairy Abd. Rahman2024-05-282024-05-28201917/2/20202289-6759https://worldconferences.net/journals/icasic/Vol6_n1/IC%20015.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5179Volume :6 No:1Penterjemahan ialah satu bidang penting yang menyumbang kepada penyebaran ilmu pengetahuan kepada masyarakat bahasa sasaran. Aktiviti ini bukan sahaja memindahkan idea atau maklumat, malah turut memindahkan budaya antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Hal ini perlu diberi perhatian serius kerana terdapat jurang antara dua bahasa dan budaya yang berbeza. Setiap norma budaya yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat bahasa berbeza dengan masyarakat bahasa lain. Begitu juga dengan penterjemahan unsur budaya dalam al-Quran yang bersifat kontekstual dengan dicirikan oleh budaya tertentu mengikut konteks latar yang berbeza. Justeru itu, unsur budaya yang melatari al-Quran perlu disingkap penterjemahannya bagi mengupas aspek pemindahan maknanya dari bahasa Arab kepada pembaca bahasa sasaran lain. Namun, aspek penterjemahan unsur budaya al-Quran kurang mendapat perhatian dalam kajian terdahulu. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti unsur budaya kebendaan di dalam al-Quran yang tiada dalam konteks budayabahasa sasaran iaitu bahasa Melayu, dengan mengupas makna unsur terlibat yang dibekalkan dalam bahasa sasaran. Dengan mengaplikasi analisis komponen makna, kajian memperhalusi makna yang dipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Kajian ini bersifat deskriptifdengan menjalankan analisis kandungan teks al-Quran dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. Kajian ini mendapati beberapa implikasi terhasil daripada penterjemahan unsur budaya kebendaan ini, antaranya terjemahan yang dibekalkan dalam bahasa sasaran mempunyai keserasian atau kekurangan pada aspek makna.otherunsur budaya kebendaan, analisis komponen makna, terjemahan al-Quran, semantikPenterjemahan Unsur Budaya Kebendaan Dalam Al - Quran Ke Dalam Bahasa Melayu: Analisis Komponen MaknaArticle122261