Noorafini KassimNor Ain ManapSiti Nurul Aishah Abdul HamidRosmah DerakSaidatul Nornis MahaliHaryantie GopoitFlorina JumilNur Amirah Nadiah Mustapa Kamal2024-11-182024-11-182024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25023E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACELiterasi membaca adalah komponen kritikal dalam penguasaan bahasa, terutamanya bagi pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa asing. Pelajar bukan Muslim menghadapi cabaran yang lebih besar kerana bahasa Arab memiliki struktur tatabahasa, sintaksis, dan fonologi yang sangat berbeza daripada bahasa harian mereka, menjadikannya sukar untuk dikuasai. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap literasi membaca dan kesannya terhadap kecekapan berbasa Arab dalam kalangan pelajar bukan Muslim di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Kajian ini melibatkan 150 pelajar bukan Muslim yang dipilih melalui kaedah rawak mudah. Mereka dinilai berdasarkan tiga dimensi literasi membaca: Sikap dan Tabiat, Pengetahuan dan Kemahiran, serta Budaya dan Strategi. Soal selidik diedarkan secara dalam talian pada akhir semester 2 sesi akademik 2023/2024, dan data dianalisis menggunakan perisian statistik untuk mengira skor min, sisihan piawai, serta nilai R² dan koefisien laluan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap literasi membaca pelajar bukan Muslim adalah tinggi hingga sangat tinggi, dengan purata skor min melebihi 4.00 dalam kebanyakan item. Analisis mendalam menunjukkan literasi membaca mempunyai pengaruh signifikan terhadap kecekapan berbahasa, di mana dimensi Sikap dan Tabiat mencatatkan koefisien laluan tertinggi (β = 0.3054), diikuti oleh Pengetahuan dan Kemahiran (β = 0.294) dan Budaya dan Strategi (β = 0.248). Nilai R² sebanyak 0.532 menunjukkan bahawa 53.2% variasi kecekapan bahasa dapat dijelaskan oleh literasi membaca. Dapatan ini memberikan implikasi penting dalam penyediaan bahan pembelajaran yang lebih sesuai dan efektif untuk meningkatkan literasi membaca dalam kalangan pelajar bukan Muslim yang mempelajari Bahasa Arab di IPTA.msLiterasi MembacaBahasa Arab sebagai Bahasa AsingPelajar Bukan MuslimIPTATahap Literasi Membaca Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Bukan Muslim di Institusi Pengajian Tinggitext::conference output::conference proceedings::conference paper