Husain, M. H. E.M. H. E.HusainMohd Nasir Abd MajidMuneer Ali Abdul Rab2024-05-302024-05-3020170127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/53https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15292Maslahah al-Mursalah merupakan sumber hukum yang disepakati oleh jumhur fuqaha' ke atas permasalahan yang baharu muncul dan tiada nas yang teguh menjelaskan penetapannya. Bertitik tolak dari kepentingan membawa kemanfaatan dan menolak segala kemudharatan, ia dilihat mampu menjawab segala permasalahan demi menjamin kesejahteraan ummat di dunia dan akhirat mengikut acuan pensyariatan Islam. Maslahah al-Mursalah hadir meraikan keperluan dalam menepis segala tohmahan negatif terhadap Islam seperti Islam agama yang jumud, Islam hanya dianuti oleh bangsa tertentu dan terkebelakang dari mengikuti arus perdana walhal Islam is way of life dan Islam is first class. Namun ada syarat-syarat tertentu dalam mengkategorikan Maslahah al-Mursalah agar tidak melampaui prinsip yang telah digariskan. Justeru, objektif kajian ini akan mengenalpasti syarat-syarat Maslahah al-Mursalah sebagai sumber hukum selepas nas-nas utama. Kepentingan kajian ini membincangkan sejauhmana syarat-syarat tersebut mampu disandarkan kepada pembinaan masyarakat Malaysia yang bertamadun dalam konteks keseimbangan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai objektif kajian dengan melibatkan kaedah kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa syarat-syarat Maslahah al-Mursalah relevan untuk diaplikasikan di dalam penilaian dan pengamalan di Malaysia dari segenap aspek kecuali yang telah jelas hukum dan dalilnya daripada al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma'.otherSyarat-syarat Maslahah al-MursalahPenseimbanganKetamadunanMasyarakat MalaysiaSyarat-Syarat Maslahah Al-Mursalah Teras Perseimbangan Ketamadunan Masyarakat MalaysiaArticle667321