Norazman AliasZainora DaudAnuar Hasin2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17257Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM016 347 - 357Umum mengetahui bahawa ilmu hadith dan ilmu qiraat ialah dua disiplin ilmu yang berbeza dari sudut perbahasannya dan kajiannya. Kedua-dua cabang ilmu tersebut mempunyai para sarjana dan cendekiawannya yang tersendiri. Hakikatnya, para ilmuwan silam khususnya bukan sahaja dikenali sebagai pakar dalam ilmu yang dipelopori, bahkan mereka juga mendalami disiplin ilmu lain sejak mereka kecil lagi. Perkara ini boleh dilihat menerusi penulisan berkaitan ilmu qiraat yang dinukilkan di dalam pelbagai kitab hadith yang dikarang oleh ilmuwan hadith serta pujian ulama terhadap penguasaan ilmu mereka. Antara tokoh hadith yang berkemahiran dalam ilmu qiraat adalah seperti Humaid bin Qais al-‘Araj (wafat 130H), ‘Ali bin ‘Umar al-Daruquthni (wafat 385H), Shihabuddin Abu Syamah al Maqdisi (wafat 665H) dan ramai lagi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa contoh kepedulian sarjana hadith terhadap ilmu qiraat. Selain itu, kajian memberi fokus juga kepada penulisan berkaitan qiraat yang dinukilkan oleh sarjana hadith dalam kitab mereka sebagai bukti kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penulisan dalam bidang qiraat telah diberi keutamaan oleh sarjana hadith terdahulu secara langsung, sama ada dalam konteks dirayah mahupun riwayah.otherKepedulian Sarjana Hadīth,Ilmu Qiraʾat,Tokoh Dan Penulisan.Kepedulian Sarjana Hadīth Dalam Ilmu Qiraʾat; Tokoh Dan PenulisanArticle345357