Abdul Zahid Bin Abdul JabarNukman Mukrami Bin AbdullahMuhammad Danial Aiman Shafiq Bin SapieeMaisarah Saidin2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17586E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Al-Qur’an Al-Karim adalah kitab suci yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rahmat dan menjadi petunjuk bagi manusia yang beriman dan bertakwa dalam kehidupannya. Pemeliharaan al-Qur’an merupakan suatu perkara yang amat penting bagi menjaga kesucian dan kemuliaannya daripada tercemar. Namun begitu, kelemahan pada pengurusan telah menyebabkan masalah lambakan teks al-Qur’an tidak dapat diuruskan dengan baik. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah awal pelupusan al-Qur’an dan kaedah terbaik proses pelupusan al-Qur’an, selepas berlakunya tragedi benjir di beberapa buah negeri sehingga menyebabkan kerosakn mushaf al-Qur’an sebanyak 25.2 tan (Pusat Pelupusan al-Qu’an Darul Kalam). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Manakala, teknik pengumpulan data adalah menggunakan buku, majalah, artikel jurnal, dokumen-dokumen daripada website rasmi dari pihak yang terlibat seperti Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Agama Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa, teknik yang sering dipraktikkan oleh umat islam hanyalah satu, iaitu pembakaran dan pembuangan abu ke dalam laut. Akhir sekali, diharapkan kertas kerja ini dapat memberi garis panduaan dalam menguruskan proses perlupusan al-Qu’an untuk umat islam, serta memelihara kesuciannya sebagai rujukan utama. Semoga perkembangan ilmu ini secara langsung dapat memperkasa dan memelihara keautoritian al-Qur’an di era teknologi.otherSejarah, Proses, Pengurusan, Pelupusan, Al-Qur’anSejarah dan Perkembangan Proses Pengurusan Pelupusan Teks Al-Qur’an pada Era Teknologi KiniArticle9149203