Naizatul Akma Mohd MokhtarNorkhairunnisa TalibMokhtar Saidin2024-11-112024-11-112024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24657https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfE-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEMasyarakat awal prasejarah di Malaysia bermula di Lembah Lenggong, Perak dengan kebudayaan Paleolitik lebih 1.83 juta tahun dahulu, diikuti oleh kebudayaan Neolitik dan akhirnya kebudayaan zaman Logam. Masyarakat awal ini hidup secara nomadik ke semi-nomadik, berpindah-randah, mempunyai susunan masyarakat yang ringkas dan tidak mempunyai bukti tulisan dan bangunan. Namun, masyarakat awal inilah yang menjadi pelopor atau asas kepada zaman tamadun dan sejarah kita sekarang. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan adaptasi budaya masyarakat prasejarah menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui perubahan budaya. Kaedah kajian akan dijalankan secara kualitatif melalui pengumpulan data sekunder seperti buku dan artikel berkaitan tapak-tapak arkeologi di Malaysia khususnya Lembah Lenggong, Perak. Hasil kajian mendapati secara umumnya masyarakat prasejarah Lembah Lenggong hidup beradaptasi pada persekitaran tasik dan sungai untuk mendapatkan sumber bahan mentah dan makanan. Tingkah laku kehidupan ini berterusan sehingga sekarang mereka hidup di sekitaran Tasik Cenderoh dan Sungai Perak. Ini bermakna pernah wujud satu Tasik Cenderoh Kuno dan Sungai Perak Kuno di zaman prasejarah dengan paras air yang berbeza. Tasik Cenderoh Kuno dan Sungai Perak Kuno menyediakan sumber air tawar, bahan mentah batuan dan medium pergerakan manusia awal di kawasan ini. Perubahan kebudayaan atau kemajuan cara hidup masyarakat Paleolitik ke Neolitik dan akhirnya ke zaman Logam di pengaruhi oleh keperluan kehidupan dengan populasi yang semakin meningkat serta adanya perhubungan dengan luar. Perkembangan teknologi yang berlaku adalah berdasarkan kreativiti mengikut keperluan fungsi dengan menggunakan sumber dari persekitaran, contohnya penghasilan tembikar, pemukul kulit kayu, perhiasan dari cengkerang dan alat logam. Ini jelas menunjukkan, kemahiran berfikir manusia yang semakin berkembang mampu untuk menghasilkan alatan menggunakan sumber dari persekitaran bersama penguasaan suhu api yang semangkin meningkat.msAdaptasiprasejarahpersekitaranteknologi.Adaptasi Budaya Masyarakat Prasejarah Terhadap Persekitaran: Kajian Kes Lembah Lenggong, Peraktext::conference output::conference proceedings::conference paper