Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMuhamad Firdaus Ab RahmanAzman Ab RahmanWan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie2024-05-312024-05-312020-10-15eISBN : 9789674408367https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/184353 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)Bencana penyakit berjangkit antara faktor yang merencatkan kestabilan sosioekonomi sesebuah masyarakat khususnya populasi miskin dek kerana aktiviti perekonomian yang terbatas, kos perubatan yang meningkat dan akses fasiliti kesihatan yang terhad. Takaful mikro merupakan antara instrumen kewangan Islam yang menawarkan skim perlindungan kepada populasi ini. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas tentang hubungjalin antara takaful mikro dan bencana pandemik. Sungguhpun secara teoritikalnya, zakat sering dikaitkan sebagai sumber dana alternatif untuk operasi takaful, namun dari sudut praktikalnya idea ini masih samar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi, isu serta cabaran takaful mikro sebagai instrumen perlindungan kesihatan bagi mendepani wabak pandemik bagi populasi miskin. Integrasi takaful mikro dan zakat merupakan tema utama kajian ini. Metode kajian kepustakaan dan dokumentasi digunakan untuk mendapatkan data. Bagi tujuan analisis, kaedah analisis kandungan, diskriptif, induktif dan deduktif digunakan secara konsisten. Hasil kajian mendapati bahawa takaful mikro adalah relevan untuk menghadapi pandemik khususnya bagi populasi miskin. Namun, kekangan kewangan merupakan permasalahan yang utama. Penyaluran dana zakat dianggap antara solusi munasabah bagi permasalahan ini. Beberapa prospek dan cabaran bagi penggunaan zakat dalam operasi takaful mikro turut dikenalpasti. Kajian ini sesuai dijadikan rujukan bagi institusi takaful mikro, zakat dan agensi lainnya yang terlibat dalam pemerkasaan golongan miskin dalam rangka untuk menambahbaik aspek kesihatan mereka.otherTakaful Mikro, Populasi miskin, Pandemik, COVID-19, ZakatIntegrasi Takaful Mikro Dan Zakat Dalam Mendepani Wabak Penyakit Berjangkit: Prospek Dan CabaranArticle456471