Abdul Rashid Abdul AzizNor Hamizah Ab RazakShahirah SulaimanHusin Sungkar2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18535Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, MalaysiaWabak COVID-19 yang melanda Malaysia telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan negara. Bahkan impaknya juga turut melibatkan institusi keluarga sehinggalah kepada aspek dalaman psikologi dan kebahagiaan diri manusia. Kesihatan mental merupakan elemen penting dalam menentukan kefungsian diri manusia dan mempengaruhi tahap kesihatan serta kebahagiaan terutamanya dalam menghadapi penularan wabak ini. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau aspek pembelajaran optimisme dan bagaimana kemahiran psikologi ini dapat membantu dalam meningkatkan kesejahteraan kendiri individu. Selain itu juga, kajian ini bertujuan untuk merungkai langkah-langkah terpilih untuk kekal optimis dalam berhadapan dengan wabak pembunuh ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menerusi systematic review dengan menggunakan rekabentuk kajian skop atau scoping review. Model ABCDE yang diasaskan oleh Seligman telah diaplikasikan dalam merungkai permasalahan yang wujud. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak kelebihan yang diperolehi daripada pembelajaran optimisme dalam kehidupan seharian termasuklah manfaat dalam kesihatan fizikal dan mental, motivasi dan prestasi individu serta kejayaan dalam kerjaya. Terdapat lima kaedah dalam mencapai optimism yang boleh dipraktiskan dalam memacu kebahagiaan hidup. Di Malaysia, kajian berkaitan pembelajaran optimism dan perkaitannya dengan kebahagiaan hidup masih terhad dan minima. Oleh itu, kajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya kepada masyarakat Malaysia dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19. Kata kunci: pembelajaran optimisme, kebahagiaan, psikologi positif, kesejahteraan kendiri.otherpembelajaran optimisme,kebahagiaan,psikologi positif,kesejahteraan kendiri.Konsep Pembelajaran Optimisme (Learned Optimism) Dalam Memacu Kebahagiaan Hidup Semasa Norma BaharuArticle